today i'll write about LOVE.
yup! kata la nak kata aku jiwang, so it's part of me. aku dibesarkn dlm house of love oleh mak ayahku. hahaha, katakan saja kalau kamu semua jeles padaku. aku terima. kekeke.
setiap orang cari cinta, nak dicinta dan nak mencintai... ramai yg definisikn cinta sebagai bla.. bla.. bla.., ramai juga yg kategorikan cinta, cinta pada tunggul cinta pada hiburan, cinta kekasih makayah, Tuhan bla... bla... lagi. semua betul. sebab semua mencinta mengikut apa yg mereka faham. jangan gaduh-gaduh.
CINTA itu selamanya. LOVE is forever (bak kata matt MUSE).. aku setuju. kerana baru-baru ni aku disedarkan tentang erti cinta. wow!! aku baru sedar? takkan la.. cinta aku telah naik satu darjat lagi sebelum boleh diberi gelaran master guruji pyar kartehe. hahaha. merapik ajer.
biar la aku sampaikan dongeng cinta kasih si Bulan dulu. suatu masa dulu, minah ni jatuh cinta dengan putera kayu hoki.. kemudian dilarikan ke gunung selonggok oleh mak tirinya. maka jatuh sakit la si minah ni selama 100 purnama, meracau-racau dan menyeru nama putera kayu@ Bugis itu. selama seratus purnama itu mak tiri dan ayahnya meneruskan perniagaan sutera mereka hingga semakin maju adanya terkenal seluruh dunia. Si minah ni ditinggal dengan pembantu dan tabib yang mengajarnya ilmu dunia dan keTuhanan agar kuat melawan sakit jiwa. cekal hati si Bulan ni, meneruskan hidup mula dari bawah semula. bila semakin meningkat dewasa, diam-diam dia hantar orang untuk merisik khabar si putera itu. Putera Bugis juga alami patah jiwa, namun dikelilingi ramai gundik dayang yang setia untuk mengubat laranya. mengenang diri yang tak mampu menggapai si putera, Bulan usaha lagi menjadi lebih kuat supaya mampu berdikari. Akhirnya Bulan menjadi seorang yang disegani, cantik sopan kegilaan ramai orang. Maka, sampai masa juga orang tua Bulan mahukannya bersuami dengan seorang saudagar unta. Bulan hanya berdiam diri, meminta masa dan kemudiannya hilang dari Gunung Selonggok.. ke mana Bulan pergi?
Bulan menyamar menjadi seorang abdi, menuju ke istana Bugis. Sampai di sana, dia saksikan Putera Kayu Hoki dengan seorang dayangnya telah bernikah. Bulan terkejut dia tidak sedih. Namun dalam hati Bulan begitu bahagia melihat putera itu mendapat teman yang setia disisinya selama bertahun. Sedangkan Bulan hanya mencintai Putera atas dasar rasa mendalam yang dirasai bertahun-tahun. Dayang itu mencintai putera, Bulan mencintai rasa cinta. Maka Bulan pun pulang dan bernikah dengan saudagar unta, menerimanya saudagar dengan sepenuh hati.
..............................................
faham tak cerita tu? Aku pun tak faham. Sekadar merapik nak panjangkan post.
apakah maksudnya mencintai seseorang? betulkah cinta itu selamanya?
betul, cinta itu selamanya.
cintai seseorang.. adalah doa dan harapan agar insan itu bahagia
cintai seseorang.. umpama baja yang membantu pokok besar, rendang dan berbuah
cintai seseorang.. tanpa mengharap balasan, begitu tulus
cintai seseorang.. umpama melepaskan burng terbang tinggi
cintai seseorang.. satu apresiasi semangat dan kasih agar kebaikan dan harapan suci mekar
cintai seseorang.. bukan bermaksud untuk berakhir bersama
cintai seseorang.. *speechless*
and i cried knowing what love really is. Allah swt memberi kita anugerah yang besar dengan merasai cinta. cintai seseorang.. umpama melihat dunia penuh dengan kasih sayang dan positif. tiada lagi niat buruk dan kebencian.
Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :
"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
namun cinta terhadap rasa cinta.. adalah nafsu. dan selfish. tamak. maka apa yang Bulan rasa hanyalah cinta rasa, bukan cinta sebenar pada individu. cinta sebenar adalah melakukan yang terbaik, untuk mereka tersayang.. demi satu jasad dan roh yang kita terima dengan ikhlas, sepenuh hati demi kebaikan orang tersebut.
cinta selamanya? bukankah dengan sedekah, selepas kita pergi ke alam lain pun kebaikan yang kita curah akan bermakna? itulah cinta selamanya. so big and precious LOVE. so, start loving everybody right now. u'll build and create a wonderful world!

No comments:
Post a Comment