Tu la abah. Sejak lewat umur 40an abah umpama George Clooney yang tak pernah ke saloon. masih hensem dan menarik. Lupa.. abah mana kenal GC, abah kenal Broery Marantika.
Tika umur ni abah makin sunyi, anak-anak hanya pulang bila cuti. Mungkin waktu pagi abah, bangun tiap pagi dan tanya lambat lagi ke masa anak-anak nak berkumpul? Rindu kemeriahan dalam istana kami, seperti mana kami anak-anak rindu untuk bersama abah dan ma.. rindu keriuhan.. maka abah pun pergi ke kedai kopi. kalau anak-anak ada, dia duduk berpantun sambil mengambil asap nafas di beranda. Kalau kami pulang, pagi-pagi lagi abah akan menyeru cucu-cucunya. Bayangkan saja kegembiraannya bila anak cucu berkeliaran dalam rumah... (T_T)
Aku tak mampu tengok muka abah lama-lama, nampak garis-garis tua semakin nyata.. maka semakin nyata abah takkan selamanya dengan kami. *speechless* Tika umur ini abah berbeza dengan masa mudanya, jika dulu dia lupa umur kami sekarang dia mengingati dan memahami kami anak-anak dan cucu dengan baik. aku semasa peralihan umur abah, berada jauh dengannya.. abah semakin kerap menelefon anak-anak walau sekejap... kerana waktu ini anak juga mula keluar dari rumah, ke asrama.. membina hidup sendiri.. (-_-)
Ada seorang puteri sedang bermanja dengan abah.. mengubat rindu dan sepi abah. menambah sesak hidup abah. dulu aku menangis tiap hari rindui puteri tu. tapi bukan ke abah tahan hati rindui kami?
Suatu hari, aku pulang dan mendengar abah mengaji Quran. berapa lama aku tak pulang? Jika seorang ibu, mahu tak ketinggalan melihat perkembangan anak-anak, kenapa aku terlepas perkembangan tentang abah? Aku hanya mampu berdoa dan doa, cuba fahami dan tabah dengan aturan Allah swt.. jika kamu punyai kemampuan, buatlah terbaik untuk ibubapa.
My father is my hero, no... actually he's my SUPERHERO.
ps: couldnt write it longer.. tak tahan.

No comments:
Post a Comment