Tertarik dengar Prof Muhaya mengaitkan kehidupan rumahtangga dengan AKAUN EMOSi. Yep, akaun emosi yang wujud dalam hubungan atau silaturrahim.. dalam rumahtangga khasnya, akaun emosi yang penuh dalam diri suami akan semakin berkurang dengan kesilapan si isteri terhadap suami. Semakin menyusut, semakin sensitif suami terhadap tingkah perbuatan isteri. Begitu juga sebaliknya.
Akaun emosi akan menyusut, bagaimana pula nak buat saving agar akaun emosi pasangan bamm bamm booomm penuh? Sebenarnya perkara ni bukan asing bagi kita kan? Kita lalui setiap hari. Kita cuma perlu lebih peka dan menilai dengan terbuka tiap perkara di sekeliling kita.
Bila HARUM KASTURI singgah rumah isnin lepas.. dia ada sebut pasal menjaga silaturrahim. Jagalah silaturrahim. Coraklah budaya memberi dalam rumah, bukan budaya menerima. Berikan penghargaan, kasih sayang, khidmat, pujian.. semua tu akan membina keyakinan diri insan. Gunakan formula kehidupan yang betul dan positif. Apa yang kita beri, kita akan dapat. Jika kita mahu dilayan dan dipandang dengan baik, kita pun perlu melayan orang lain, berbaik sangka dengan orang lain. Jika kita tak suka dikritik, kita pun jangan suka mengkritik.
........................................
Siapa yang tak mahu suami sayang. Suami mana tak mahu isteri sayang. Pandanglah suami dengan kasih dan penghargaan, berikan khidmat dengan penuh hormat.. tenaga suami akan pulih dan meningkat setelah penat seharian. Begitu hebatnya wanita/isteri solehah, benarlah dikata lebih bernilai dari dunia dan isinya.
Isteri solehah hak ekslusif sang suami.
Wanita yang jaga akhlak, jaga tutur kata, jaga solat dan budi bicara.. sudah tentu menyenangkan kehidupan rumahtangga. Senang untuk dibentuk, senang dijaga, ada potensi jadi ibu yang akan menghasilkan anak-anak terbaik soleh dan solehah. Wanita yang menjadi kunci kebahagiaan bagi rumahtangga, suami pula kunci kehancuran rumahtangga.. itulah kata-kata yang kita selalu dengar.
Kelakuan isteri yang baik pada suami
1. Jaga mata suami dengan jaga penampilan.
2. Jaga hidung suami, sentiasa wangi
3. Jaga telinga suami, sentiasa gunakan nada yang lembut dengan suami.
Betapa terbaliknya kebanyakan kita, depan orang luar kita berwangian dan cantik dan menarik... dengan suami kita selekeh. Tapi suami, tahukah kenapa semua ni berlaku??? Faktor utama, sebab suami tak hargai. Yep, hargailah kebaikan isteri dengan kata pujian, terima kasih. Bila isteri memasak, luahkan kata-kata syukur dan puji isteri. Ucapkanlah penghargaan, ‘untuk saya dapat isteri macam awak’. Luahkan kata-kata positif, membina. Berikan pelukan dan belaian. Isteri akan bersemangat dan anggap semua tu perhatian yang paling penting. Selama ini isteri mendapat dari luar, bayangkan kata-kata penghargaan diperolehi dari insan yang paling isteri sayang. Saling memberi antara suami isteri akan menyemarakkan rumahtangga. Bukankah menjaga hati pasangan adalah umpama jaga silaturrahim paling akrab dan penting? Isteri yang gembira akan membina rumahtangga yang indah, anak-anak yang positif..
Kita mungkin selalu menitikberatkan keperluan fizikal pasangan, tapi keperluan rohani pasangan paling penting. Ringankan mulut dengan ucapan kasih yang ikhlas, pujian dan terima kasih.. kalau salah, akui kesalahan dan mohon maaf.
Tidak mahukah wanita, menjadi solehah? Betapa besar ganjaran bagi isteri yang taat pada suami (dan Allah swt).
Tidak mahukah lelaki, isteri yang solehah? Isteri solehah umpama sokong yang membantu lelaki ke syurga.
Oleh itu, kenapa kedekut untuk membuang keruh dalam tindakan? Kenapa ego untuk saling melayan dan menghargai pasangan? Anggaplah setiap kali kita bersama suami, itu kali pertama dan akhir.
.
.
.
credit for Prof Dr Muhaya Mohamad.
