Photobucket

Saturday, July 31, 2010

lepak wikend: ICE RO0M at 3B curve

lepas ke mines tadi.. singgah kat ice room. selalu asyik tengok kedai hijau ni teringin nak try..
sambil bawak si kecik ni. jom tengok apa yg ada.

come and get it.. yg penting ais krim.. apa istimewanya?

mula-mula cerita spageti dulu. ermmm.. tak best. cam celup kicap je. bukan ape, spageti lada hitam kat kyros best sgt. yg lain jauh ketinggalan.


yang ni menu best. snow icecream.. sgt lembut dan tak manis. nyummm.. satu portion tu agak banyak la. kami amik 2 jenis ice cream dan cheese cake utk budak kecik tu.


tengok budak tu. seronok je. mak ayah ngan cik eyie pun suka gak. hehehe.


Sifat-sifat Syaitan.. untuk pedoman

Beberapa ayat al-Quran telah menjelaskan sifat-sifat syaitan yang tercela, di antaranya;

1-”Takabbur

Allah s.w.t menyifatkan iblis laknatullah dengan sifat ini kerana iblis menganggap dirinya lebih baik daripada Adam a.s. Dia enggan dan takabbur apabila diperintah oleh Allah s.w.t supaya sujud kepada Adam a.s. Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

Allah s.w.t berfirman;Apakah yang menghalangi engkau (sehingga)kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?”(iblis) menjawab”Aku lebih baik daripada dia.Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah“(surah al-A’raf:ayat 12)

2-”Sombong dan keras kepala

Kedua-duanya merupakan sifat iblis sebagaimana Yang Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;

(Iblis) menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”(Surah al-A’raf: ayat 16-17)

Ini menunjukkan bahawa kekufuran iblis bukanlah kerana kejahilan bahkan kekufurannya kerana keras kepala dan sombong.

3-“Laknat

Dilaknat lagi tersingkir dan jauh dari kebaikan, dan iblis juga merupakan yang pertama dilaknat dan disingkir dari rahmat Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t;

(Allah) berfirman,”Keluarlah kamu dari sana (syurga) dalam keadaan terhina dan terusir”(Surah al-A’raf: ayat 18)

4-“Menggoda(al-Waswasah)) dan memperdaya”

Al-Waswasah ialah percakapan hati yang dibisikkan oleh syaitan yang tidak ada kebaikan dan manfaat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepada mereka agar menampakkan aurat mereka (yang selama ini) tertutup.Dan (syaitan) berkata,”Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal(dalam syurga)”(Surah al-A’raf: ayat 20)

Ayat di atas menjelaskan sifat iblis dan hasad dengki terhadap Adam dan Siti Hawa a.s, dan juga bagaimana iblis berusaha memperdaya, menggoda dan menipu sehingga kenikmatan dan pakaian yang baik dirampas daripada kedua-duanya dan dikeluarkan dari syurga.

5-“Mungkir janji”

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sesungguhnya aku adalah penolongmu”. Maka ketika kedua-dua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang sambil berkata,”Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu”(Surah al-Anfal: ayat 48)

Ahli tafsir menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan ketika peperangan badar, di mana iblis berjanji kepada orang musyrikin untuk menolong mereka menentang orang islam, maka tatkala puak islam bersama rasulullah s.a.w berhadapan dengan puak musyrikin, maka iblis pun menyamar sebagai seorang lelaki dan bersamanya tentera, lalu berkata iblis kepada orang musyrikin: Kamu tidak akan kalah hari ini dan aku adalah penolong kamu. Apabila iblis melihat tentera malaikat dia pun berundur dan tidak memberi pertolongan kepada tentera musyrikin, dan juga telah memungkiri janjinya untuk menolong mereka. Allah s.w.t telah memberi kemenangan kepada tentera islam di dalam peperangan tersebut. Di sini jelaslah bahawa iblis adalah pembohong dan pemungkir janji.

6-“menghasut”(Nazgh)

Dalam kamus menyatakan bahawa “Nazgh” ialah mencerca atau menfitnah. Ia juga membawa makna menghasut, membujuk dan membisik(percakapan hati yang tiada manfaat dan kebaikan). Sifat-sifat ini merupakan sifat iblis laknatullah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Setelah Syaitan merosakkan(hubungan) antara aku dan saudara-saudaraku”(Surah Yusuf: ayat 100)

7-“Menjauhkan dan mengakhirkan”(al-Khanas)

Firman Allah yang bermaksud;

(Aku bermohon dengan Allah) daripada kejahatan bisikan syaitan al-Khannas”(Surah al-Nas: ayat 4)

8-“Memperdaya”(al-Gharur)

Kamus ada menyatakan bahawa tipudaya syaitan membawa maksud menipu, menggoda dan membujuk. Firman Allah s.w.t;

maka janganlah kamu sekali-kali terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah”(Surah Luqman: ayat 33)

9-“Tipudaya”(al-Kayd)

Ia membawa maksud tipu dan jahat seperti melakukan pembohongan dan membuat helah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

maka perangilah penolong-penolong syaitan (kerana) sesungguhnya tipudaya syaitan adalah lemah”(Surah al-Nisa’: ayat 76)

10-“Memukul dengan kuat(merasuk) dan menyentuh(menggilakan)-(al-Khabt danal-Mass)

Ia bermaksud menyentuh manusia dan menyakitinya(merasuk). Allah s.w.t menyifatkan pemakan riba seperti orang yang dirasuk syaitan apabila bangkit dari kubur. Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

Pemakan-pemakan riba itu tidaklah mereka itu bangkit(dari kubur) melainkan seperti bangkitnya orang-orang yang dirasuk syaitan”(Surah al-Baqarah: ayat 275)

11-“Sihir dengan meniup(al-Nafth)

Firman Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;

(Aku berlindung dengan Allah) daripada tukang-tukang sihir yang meniup pada ikatan-ikatan”(Surah al-Falaq: ayat 4)

Dalam satu doa yang ma’thur diajar kepada kita membaca doa ini yang bermaksud;

“Ya Allah…Aku berlindung dengan Engkau daripada godaan syaitan, tiupan dan ludahannya”

12-“Syaitan laki-laki dan perempuan”(al-Khubth dan al-Khabaaith)

Dalam kamus menjelaskan jahat(al-Khubth) lawannya baik(al-Toyyib). Satu doa yang ma’thur mengajar kita membacanya ketika memasuki tempat buang air(kecil ataupun besar) iaitu yang bermaksud;

Aku berlindung dengan Engkau ya Allah…dari kejahatan syaitan betina dan jantan

Disifatkan dengan yang demikian kerana syaitan mengintai untuk memudaratkan manusia di tempat-tempat yang kotor.

13-“Menggoda”(al-Hamz)

Nabi s.a.w menjelaskan bahawa makna godaan syaitan dengan kematian iaitu menggoda manusia sehingga menjadi gila kerana terhasil daripada godaannnya. Dalam al-Quran ada menyebut yang bermaksud;

Dan katakanlah, Ya Tuhanku…Aku berlindung dengan Engkau daripada godaan syaitan-syaitan”(Surah al-Mukminun: ayat 97)

Maknanya Aku berlindung dengan Engkau daripada bisikan syaitan dan godaannya daripada mengingati Allah s.w.t. Dalam suatu hadis menceritakan bahawa rasulullah s.a.w memohon perlindungan dengan Allah s.w.t daripada godaan syaitan, fitnah dan bisikannya.

Thursday, July 29, 2010

Tangga

Bila kita berusaha melangkah...
kita bukan hanya melangkah ke depan, malah kita melangkah ke atas.
kita mendaki tangga...

begitulah aku alami sekarang. melangkah bukan senang... makin atas, graviti menarik diri kita makin kuat. bebanan yang kita bawa makin besar. dugaan makin menguji. dan dugaan paling besar adalah membawa bersama ikatan-ikatan yang telah kita bina selama ini... itulah yang membelit kaki terlebih dahulu, jika tidak dileraikan setiap satu dengan teliti... jika tidak ditatang dengan mata yang celik... jika tidak diadili dengan adil dan berkasih sayang.

aku mahu tabah macam mama. aku mahu cekal walau aku tak berupaya, aku akan usaha. definisi kejayaan bagi diri aku telah berubah. dunia ini tak dijanjikan dengan hadiah-hadiah megah.. itu semua mainan. selepas melalui satu pintu.. aku buka pintu baru. setelah redah satu bukit.. datang pula gunung. kebelakangan ini aku tak terdaya untuk bersorak dan melepas keluhan puas. dunia menunjukkan dirinya yang sebenar, apabila kita mendekati dan melangkah tangga demi tangga.

....welcome to the world!!

seorang tua bongkok membuka pintu. berat, keras.. tebal. aku tertanya-tanya mampukah aku menggerakkan pintu itu.. aku hairan bagaimana dia mampu. kabus depan mataku masih belum berlalu. kerana tak mahu mengundur aku tak teragak untuk ke depan. langkahku perlahan. saat ini aku sepatutnya berjaga-jaga. mahu saja pejam mata sebab tak sanggup memandang. tapi aku wajib membuka luas mataku walau aku takut. getar nadiku bingit.. jantungku sejuk dan dingin.. it's chilling to d bone.

aku menangis hingga mataku bengkak, aku kepal tanganku... dengan yakin aku tahu penyelamatku hanya satu itu. aku ulang namanya.. kebesarannya. debaran dada seolah sedang merasa cinta menggunung. terlalu kuat.. terlalu laju jantungku berdetak-detak. aku hampir tak merasa kakiku. aku pandang wajah-wajah insan yang amat bererti padaku. aku redha dan berserah.... inilah kehidupanku. come what may...

mahukah aku ceritakan mimpiku?
pertama.. kedua.. akan adakah yang ketiga?



Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban.. antara malam terbaik.

Pengertian Nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada awal, pertengahan dan akhir bulan ini (Syaaban) maka Allah akan menuliskannya baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al -Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat di samping doanya tidak akan ditolak.

Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Fadhilat Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

2. Membaca Yassin 3 kali

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

Tiada nas mengenai membaca Yassin sebanyak 3 kali namun sebagaimana petikan hadis diatas “……maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” Maka tidak sukakah kita sekiranya amalan bacaan Yassin itu diangkat oleh ALLAH s.w.t? tetapi jgn lah diqasadkan dlm hati ianya adalah perkara yg mesti dan wajib dilakukan kerana utk mengelakkan amalan yg bida’ah. Bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

3.Mengadakan Qiamullail

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

4. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

5. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Abdullah bin Maslamah menyampaikan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

P/s: Adapun amalan2 ini jgn lah dikhususkan pada bulan Syaaban shj, kerana ianya adalah lebih baik (afdhol) diamalkan selalu..dikhuatiri menjurusk kpd bida'ah.. SELAMAT BERAMAL... salam dakwah & ukhwah

sumber:
http://secretwhisper.net/2010/07/fadhilat-bulan-syaaban/
http://albakriah.wordpress.com/2010/07/17/hidupkan-syaaban-dan-nisfu-syaaban-dengan-amalan-soleh/
Petikan tulisan asal oleh Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com

selamat beramal, jika ada perkara yang paling berbaloi untuk dikejar dan direbut.. maka rahmat dan keampunan Allah swt melebihi segalanya.



Wednesday, July 21, 2010

tanya ustaz (CINTA ABADI -ustaz zawawi)

rasa bersyukur dapat bantu kita mengekang rasa dengki yang tak elok dalam hati. Imam al-Ghazali mengatakan apabila kita melihat org lain dikurniakan rezeki daripada Allah swt, maka kita tak sepatutnya dengki pada ketentuan Allah swt itu. semuanya daripada Allah swt. malahan apabila kita turut bersyukur dgn penghasilan org lain, kita turut sama mendapat laba dan kelebihan. insyaallah.

mendekati, membaca dan menghayati al-Quran adalah salah satu cara menjaga hati selain bersyukur. solafussoleh juga melalui fasa kesusahan sebelum dapat menghayati kelazatan kitab Quran. adalah normal bagi kita untuk berasa malas, walau nak habiskan satu mukasurat terasa panjang.. tapi jangan putus asa. dekatilah Quran dengan rasa tanggungjawab dan penghormatan. dengan begitu lama kelamaan, terbit perasaan rindu dan cinta pada yang hak.

Ingatlah, Quran itu peninggalan rasul junjungan kita Muhammad saw..

beberapa golongan yang dicintai Allah swt:

orang yg bertaubat dan kembali
orang yg bertakwa
orang yg sabar bila diuji
orang yang bertawakkal
orang yg adil
orang yg berbuat baik (berbudi, bermanfaat pada orang lain)

moga-moga kita semua mengejar cinta abadi.. kemuncak cinta dan bahagia dalam diri.



sekian.

Monday, July 19, 2010

tales of d MONEY & POWER

once upon a time..
seorang anak kecil yang tiada cita-cita.. masih naive, innocent bertanya pada ibunya
"ibu, kenapa ibu belikan baju baru?"
si kecil tak tahu erti baju baru. baju yg lama pun tak mengapa, asalkan boleh bermain dan berlari dengan kawannya. ibu melihat si anak, baju kegemarannya sudah luntur warna.. tak lama lagi sendat la baju itu, benang2 menyusur keluar dari fabrik.. rasa kasihan menjalar.
ibu senyum "pakai yg baru lagi cantik.."

realiti seorang manusia, kaitan dengan duit dan kuasa amat menggerunkan- tersilap anggapan tentang dunia, membuat insan silap perkiraan tentang nilai. nilai diri, nilai hubungan, nilai KETUHANAN.

"duit tu kalau Allah swt mahu berikan.. bila-bila masa. syukurlah, semua berbahagia tu kira cukup'' saudaraku berpesan.

ya, cukuplah untuk aku setakat itu. rezekiku dan bahagianku telah ditentukan oleh Allah swt. aku tak mengimpikan harta bergudang. bagiku rezekiku asalkan cukup dan tiada berhutang itu sudah lebih dari cukup. millionaire? billionaire? bunyinya saja cukup menggerunkan paru-paruku. kerana harta dan kuasa itu menakutkan!

".. harta yg banyak takkan membantumu, walau untuk merangkak di padang mahsyar" pesan ibuku pula.

maka dimana signifikannya memliki harta yg bergedung?
adakah dengan bergedung itu kamu pasti kamu tidak buta mata hati?
bilamana harta yg terlebih dari nilai untuk kita belanja bukan sepatutnya hak kita.. maka ia akan jadi nanah dan daki, kekotoran yg memamah hati kita.
ia akan menjadi bala.. malah mungkin membarah dan merosakkan generasi kita jika tidak diurus dengan elok.

realiti harta dan padang mahsyar bila pengiraan dilakukan.. maka selesakah berlama-lamaan di hadapan timbangan? harta dan kuasa itu adalah amanah. ia adalah pinjaman seperti juga nyawa dan kesihatan. ia bukan milik kita. dunia bukan milik kita. lidah ini juga bukan milik kita, walau ia berkuasa mencairkan hati orang lain. sedang si fakir begitu senang hisabnya, aku pula tenggelam dalam peluh sendiri? mahukah... mahukah... mampukahh?? setiap yg diberi pinjam akan dihisab.. itu realiti.

astaghfirullah. selamatkan kami dari siksa di padang mahsyar, Ya Allah swt.

dunia ini sudah terlampau materialistik. aku juga berpenyakit. aku menanti peluang untuk lari bersembunyi namun tak kunjung tiba. yang berduit mahu membeli kuasa. yang berkuasa mahu menjana duit. di setiap langkah mereka akan cuba menekan hidup kita, dan memberitahu kita supaya terus mengejar duit. pagi petang dan malam manusia berlari mengejar duit. aku mahu hidup senang!! aku mahu keluargaku hidup senang!!

dan manusia itu insan. insan itu pelupa. lupa bahawa kebahagiaan itu bukan duit dan kuasa. kuasa hanya milik Tuhan. duit hanya satu not yg dikata harta.. juga ditentukan Tuhan.
mereka bergelak ketawa dengan hati yang kosong.. kerana mereka lupa.. lupa.. lupa.. mereka lupa setiap detik dan nafas mereka ditentukan oleh Tuhan. mereka gadai masa sepatutnya mereka berbahagia dgn ingatan pada yg berhak dengan mengingati dunia (kerja, duit, hutang).. itulah agenda musuh Tuhan di akhiran zaman. membuat manusia lupa pada Tuhan, jauh dari kebenaran.

harta itu menggerunkan.
tanpanya, manusia jadi terdesak..
jika berlebihan membawa kerosakan.
aku tidak melihat banyak kes contoh namun cukup untuk aku rasa hidup ni penuh dgn dugaan dan menakutkan. aku berlindung dari dunia ini dengan nama Allah swt yang Maha Mengasihani.
dan aku memilih untuk menentang arus.. asal aku ketemu bahagia.


Tuesday, July 13, 2010

Bunga & Taman Festival @ Floria2010

bunga bergayut
tiger lily.. cam plastik tapi real
jakun tak pernah hidu bau syedap casablanca ni
susah nak amik gambar sakinah

flower cube cam dlm citer katun..


malas nak upload byk post n gambar. sgt menarik. 4 bintang sebab i letih. rasa nak pergi lagi sebab belum khatam jelajah sambil main..

Wednesday, July 7, 2010

agenda MIMPI (Part I)

kadang2 kita perlu bermimpi untuk bermotivasi. bila tiba2 rasa hopeless, silakan beri masa pada diri untuk relaks dan bayangkan impian diri.

mari bermimpi. pejam mata. dan bayangkan apa akan anda alami setahun lagi.

apa yang dja impikan?
sebelum tu nak tanya, kenalkah kita pada diri dan kehendak kita?
dja tak bercita-cita tinggi. kenapa? sebab dunia ni tiada benda yg kekal untuk diimpikan.
dja telefon syazwan selasa. katanya, "kalau semua bahagia, bagusla. duit tu.. bukan jaminan. Allah swt yg beri harta". setuju sangat. cukup lah dgn rasa lapang begini. tenang...

apa yg dja impikan?
mustahil tiada bayangan dalam diri apa yg diharap setahun akan datang.
jika tiada mimpi, impian, harapan.. maka tiada tujuan la hidup kita.
dja suka menjaga hubungan. dalam hidup, membalas budi, memberi... memberi.. dan memberi.. tu la impian dja. kesedihan diri yg sebenar adalah bila tak terdaya untuk memberi yg hak.
yg paling berhak pada diri ini adalah tentunya empunya mutlak diri ini, Sang Pencipta. dan Rasulullah saw.. keluarga, ibubapa.. saudara, insan2 terdekat dan pastinya masyarakat.
itulah hidup. selagi tidak memberi, rasa berhutang masih ada. selagi tu bahagia jauh.
jika penyata hutang dunia dalam bentuk bil kad kredit.. bil air, bil api.. hutang kita pada manusia tak punya bil. betapa dalam Islam kita disaran untuk sedekah dan memberi. walau secebis senyuman ikhlas dikira sedekah (kalau senyum sinis atau mencebik tu tak tau la)

setahun lagi..

pertama sekali harapnya dja ada masa lebih untuk anak-anak dan keluarga.
dja tak mahu bertaruh masa yang ada dengan masa depan anak-anak. dja mahu beri yang terbaik untuk menjaga amanah Allah swt pada kami.

untuk capai yg pertama kena ada ilmu. ilmu dunia mungkin dh pada tahap yg baik.. ilmu akhirat belum puas hati. so, nak mencari ilmu akhirat perlu tapak yg elok juga. ibadat pun kena tingkatkan, sebab nak jaga hubungan sesama manusia... hubungan dgn Tuhan kena pastikan elok. itulah kebergantungan paling kukuh bagi seorang makhluk yg lemah dan hina.

impian dja untuk didik anak-anak belum sempurna kalau sekitarannya pun tak dijaga. rasanya bagus juga ambil kursus pengendali tadika islam.. dan bina tadika untuk prasekolah islam. dlm nak mendidik, sebaiknya kanak2 kecil dibajai dengan kaedah yg betul. mulakan dgn baik, tanam asas yang kukuh.. menarik tak idea ni??

ketiga-tiga mimpi tu.. serentak akan beri peluang diri untuk terlibat dengan saudara-saudara dekat. simple.. kan?

selesai bermimpi, kena merancang dan usaha...
namun, setakat tu saja utk coretan mimpi hari ni. jumpa lagi di agenda mimpi di lain kali.

co ba aannn..

seminggu ni masa pengajian tersia. sejak isnin kepala pusing. kdg berdiri pun tak gagah sebab nak pitam. tak tahu kenapa.. so... dja listkan antara penyebab gejala ni.

1. migrain (migrain tu sakitnya lain. ni jenis pusing2.. sure beza dgn migrain)

2. tak cukup tidur, rehat (ptg isnin rehat sambil tidur, still malamnya sakit sgt sampai tak tertidur sebab pening)

3. tensen (ntah la sesuai ke tak.. rasanya tensen bukan masalah utama sebab selalu dja tak layan tensen ni lama-lama.. redha!~)

4. pregnant (kehkehkeh. mulanya rasa cam betul jer pegnen. yakin. sekali test tak pegnen. kalau pegnen senang cerita tahu dh problem punca dari mana.. tp negative.)

5. punca kurang zat, atau pengambilan ubat (dja ada amik motillium-domperidone utk tambah susu.. sepatutnya effectnya di awal pengambilan. mgu lepas dja sehat jer. lg pun sakit kepala yg tu tak sama dgn yg ni. diulang, yg ni pening~~pusing~~mabuk~)

bila pening mai.. loya pun sama datang. simpton2 sama ngan ngandung. selasa, i went to klinik kesihatan. overall, body rasa sihat, cuma kepala jer pusing, tekak loya. menunggu lama sgt nak masuk dlm bilik dr. sebenarnya dja ke KK sebab suka dgn cara sorang dr pompuan kat situ, bagus la dia punya scan dan konsultasi. alih2 dapat dr lain. masuk tak sampai 5 minit, dia kata dja stress dan letih. wat?? dapat la sepapan vitamin b-complex dan panadol.

dja tepuk kepala! at least check la tekanan darah ke aper. this kind of service.. agaknya bila kronik baru nak kesan sakit. dh la tu kondem ibu menyusu..
'awak tak letih ke menyusu??'
habis tu mak ayah yg bekerja susah payah tu bertujuan nk beri anak layanan gitu2.. ala kadar. susu botol formula lembu pun jadilah, asal anak hidup. gitu?
'so dr, apa yg tak kena dgn saya?'
'stress.. letih..' dr tu menjawab.. walau boleh kira berapa patah perkataan jer dia lontar kat dja.
speechless dah. no komen. rasanya.. sebelum jumpa dr tak letih dan stress, lepas jumpa dr letih dan stress datang. elok la dapat mc sehari. hohohoooo..
senangnya jadi dr... dr ke? rasanya dia hanya health assistant. apa-apa la. that's why dja tak suka klinik... sama cam tak pergi jer. 3 hari still tak elok. setakat panadol utk tahan sakit.. ada baik jgn amal terus. that thing neva work rite for me.

so sekarang dja suffering this pening2. kalau terus fikir penyebabnya makin pening dan runsing. bila masa berjalan, runsing makin bertambah. dugaan.. apa dja boleh buat? mr D pun buat tak tahu je. selalu kena solve sendiri. nak nangis airmata tak keluar. bg setengah org jalan hidup senang.. n this is may own obstacle in life. apa nak dikata? buntu pun bukan ada org boleh tanggung. sebab tu dja tak suka kongsi masalah dgn org. kdg bila pandang air muka org lain.. kita tahu deep inside some of them tak suka masalah, nak lari dan kdg buat kita lagi risau. lebih baik kongsi yg gembira je. yg susah, let me handle this on my own. siapa la diri nak menyusahkan org lain. cukup sekaliminta.. yg seterusnya tak elok minta-minta yg bukan milik kita. its ok. dja terima org lain seadanya. insyaallah!

mengadu kat Allah swt, buat diri rasa selesa. moga2 dugaan ni dapat hapuskan dosa-dosa diri yg hina ini.


Thursday, July 1, 2010

Merawat

mentari hulur kehangatan.. cuba menerjah bumi aku
namun... redup juga di sini
kerana awan itu menyahut arahan
biarkan cahaya itu ditapis..
sedikit demi sedikit..
mencecah tanah bumi
Alam Ilahi sungguh indah.

namun...
hari ini aku lesu
bukan sedih bila diduga.
namun aku letih, hampir kecewa dgn manusia.
bila mana harapan dan sisa juang aku kumpul dikoyak lagi
aku dingin. kesabaranku jadi benteng agar aku tak tersembam.
dan airmataku menitik, aku terluka.

dia berkata
jalan untukmu sukar, Tuhan menduga
jalan untukmu jauh, kuatkan lagi usaha
jalan untukmu begitu, redha, tabah dan doa..
dan aku tersentuh dan menangis
apa harus ku kata padamu.
bila hampir setiap usaha bagai tiada tentu.
jika aku berkata pastinya nilainya tak seberapa
alasan bukannya berharga sekoyan perak!

nilai sebuah kejayaan.. umpama menitiskan darah titik demi titik ke tanah. nilai sebuah usaha.. umpama menggadai tiap helaan nafas. Aku sendiri tidak dapat mengira apa yang telah aku lalui. setiap detik luka bagai berlalu tanpa nyata. Jika aku tiada pautan, mungkin lautan ini telah membahamku. Apakah yang nyata?

aku membuka genggaman.. kosong
aku pandang diriku di cermin.. kosong
dan aku menuju ke kamar.. ada sesuatu di situ. ku alunkan setiap malam untuk Sang Pencipta.
Dugaanmu anugerah, namun usahlah menduga dengan dugaan yang tak mampu aku pikul.
aku mengambil masa untuk merawat diri.
Ya Allah yang Maha Mengasihani..
Janganlah Engkau berpaling dariku walau sesaat. aku memerlukanMu. Aku takut.. aku lemah.. aku takut jauh dariMu..