siapa yang boleh rasa tenang bila berhutang.

---------------------------------------------------
benar la kata.. orang yang berhutang ni umpama tergantung di dunia, tergantung lagi di akhirat. huhuhu. unsettled!
bila bangun pagi, fikir hutang.. bila kerja fikir hutang.. balik rumah teringat hutang, nak tutup mata nak tidur pun sempat imbas perkara keramat tu.. bak kata poksu, momok jugok tu. kereta pun mmugo supo hatu rayo.. keno jamu sokmo.
hutang dunia boleh kira atas bil, ada penyata. manusia takut dengan benda nyata ni. hutang dgn sesama manusia (budi dan darah), dan utama hutang dengan Tuhan takde bil. cuba bayang kalau tiap bulan sampai bil nafas, bil rezeki, bil cahaya matahari.. perghhh! mau tak bergerak manusia sampai bil minta bayaran (kalau tak bayar, kena potong nafas).
hahaha (tergelak aku sambil telan ayak liur cuak).. malam ni akan ku baca surah Waqiah tiap malam... dan doa supaya bebas dari hutang dunia. walau tak berdaya.. usaha, usaha. paling penting, bebas diri dari riba.

---------------------------------------------------
siapa perasan dalam diri dia ada dua side berlainan?? angkat kaki kalau kamu setuju.. tak perlu la angkat betul-betul, malu jer kalau org nampak.
satu pihak dalam diri sangat ingin kebaikan, mahu capai kerohanian yang baik... manakala satu pihak lagi liar (samaada dalam hati sahaja atau sifat itu pernah atau sedang terlepas bebas).
hahaha, aku gelak lagi dengan rasa pedih dalam dada.
hakikat jalan Allah swt.. hanya satu jalan. semua yang lain adalah jalan yang terpesong. bila syaitan kalah dalam hal besar, syaitan takkan beralah dalam hal kecil. dan bodohlah manusia yang rasa syaitan itu bodoh. dan bodohlah manusia yang mengutuk dan mengeji syaitan.. kerana perkara sia-sia ni memang syaitan suka. so keep yourselves low and thankful bila diberi cahaya oleh Allah. yep. bila takde cahaya, malaikat takkan menang dalam hati kita.
Ada ustaz pesan suruh fahami bacaan Al-Fatihah yang kita duk ulang baca dalam solat. mengapa kita minta jalan yang lurus??? sebab jalan tu tak selalu diberi terang oleh Allah swt. hanya bila Allah swt rahmati, kita akan diberi nur penyuluh jalan.
perghh.. talk like ustazah..
-------------------------------------------------------
CELIK MATA DAN JIWA (Dr Muhaya)
org mukmin tak pernah rehat sampai Allah swt panggil
apa yang kita kejar? apa matawang di akhirat kelak?
sifat kelembutan dan akhlak
-hubungan dgn manusia baik, hubungan dengan Allah swt akan baik
pilihan
-jangan pandang belakang, dont blame the past. but look forwards.
pilihan bagi kita untuk hidup dengan cara apa? cara mana? Rasulullah saw, insan yang paling kita patut percayai hanya tinggalkan kita Quran dan sunnah. dan sunnah yang paling Rasulullah saw tekankan adalah akhlak dan kelembutan... curah kasih sayang dan kebaikan. so dengarkan lagu Sami Yusuf kat atas dan hayati nilai kebaikan. perghhh, best.
kebaikan itu sedekah.. sedekah itu nilai tinggi di sisi Allah. walau ikhlas itu dikata bagai semut hitam atas batu hitam tengah malam hitam kelam.. tapi usahakan untuk memberi kebaikan. itulah matawang yang akan kita bawa ke akhirat kelak. Ya, kita masih hina dan selalu hina.. tak mampu beri yang nampak gah di mata orang... tapi biasakan memberi walau sepotong doa, satu senyuman.. pujian.. atau hanya berfikir positif tentang orang lain di sekeliling anda, dan ucaplah kata-kata yang baik.
huweeeee... ustazah membebel lagi. aku bukan ustazahhhh
dr muhaya: nilai wanita bukan terletak pada mahar, tapi pada layanan suami padanya.
dalam hidup wanita hanya ada suami... huhu, sob sob.. tersedak aku mendengar nasihat dr
ok.. nilai wanita terletak pada 1. cepat kawin 2. murah mas kawin 3. ramai anaknya.
4 prinsipal amalan tiap hari
1. hormat setiap makhluk
2. jujur dgn keikhlasan (buat tanpa ada niat tersembunyi)
3. kelembutan
4. apa yang kita boleh buat pada orang dgn bakat dan kelebihan kita.
kesimpulannya
biar tamak pahala, jangan tamak duit.


No comments:
Post a Comment