Photobucket

Thursday, June 24, 2010

Meh sini nak NASIHAT!!

kenapa 2-3 hari ni kerap update blog? rajin pulak tu wat post.. kenapa yer DJA?

selalu letih sekarang. bila badan letih.. nak wat aktiviti fizikal yang banyak.. kejar sana sini tak larat. even nak write up tesis pun ketar bulu mata ni nak perah otak. layan emosi jap.. sambil berfikir. masalah dja ni, nak tidur tghari susah. kalau boleh terlelap tu kira super tired, super day la.. so kalau nak isi masa kosong ada baiknya update blog. boleh jugak baca sendiri nanti. bukannya orang lain baca pun.. diri sendiri jer. huahuahua. blog ni walau open air, dja tak iklankan yer. harap maklum.


ok. back to the topic. tiba2 hari ni nak cerita pasal penasihat. kalau dalam femli penasihat rumahtangga ni kita yang pompuan la yer. sampai terlebih nasehat pot pet pot pet~~~ lumrah la tu. tapi kan kalau perhatikan, sebenarnya kaum yang sebelah tu memang susah nak dengar nasihat. kalau ada pun memang spesis terancam la. kena preserve elok2. nak breeding kat zoo pun tak boleh. kekeke.

kenapa lelaki pantang dinasihati? nak dengar tak pendapat ni. dja petik dari satu artikel.

1. lelaki anggap nasihat bukan nasihat. lelaki anggap nasihat umpama menuduh mereka punca masalah.

2. nasihat itu kongkongan bagi lelaki. walau wanita rasa selalu memberi nasihat itu ciri wanita mithali, lelaki sebenarnya rasa tak senang hati.

3. nasihat itu sendiri berpunca dari fikiran negatif, suka pandang perkara tak elok pada orang lain. ***apa punya pendapat la ni. agaknya penulis tu baru kena bebel ngan bini. ***

4. nasihat itu umpama isteri tidak berpuas hati dengan kelemahan suami. isteri mahu membentuk suami idaman, asyik nak baiki suami.

5. gaya bahasa. apabila menasihat jangan letak diri di atas.. tapi guna 'gaya objektif'. letak diri di bawah. **maksud penulis ni.. jangan nasihat macam menunjuk ajar, maklum la ego suami apabila ditegur isteri ni... cuba bayang jika perasaan guru ditegur anak murid. pedih, kan?**


alkisahnya nasihatilah suami dengan pandai dan bijak. hihihi. cam la saya bijak. kalau tak reti, elok sabar je. sepatah cukup la. susah suami ni nak dengar nasihat isteri. kalau nasihat kawan, orait! i foloooo..

tp tu la, kalau dja la... setengah perkara yang perlu tegur tu elok tegur. setengah perkara beri kesedaran je. cam cerita teladan... sambil borak2 makan megi tgh malam. pernah ke dja lantak megi tgh malam? ngarut. tahyul! dan selebihnya simpan jer la. memang kalau wanita ni kalau bercakap emosi yang melebih-lebih. takut juga terasa hati org tua tu. org yg dh 35 tahun layak dipanggil tua. jgn mare. hahaha, sedar pun diri. emmm... ampunkan dinda ye kanda.

bagi isteri pula, sstgh nasihat tu amat bermakna. terutama jika libatkan masa depan femli, anak-anak. kalau setakat nasihat suruh susun bil elok2 tu boleh la suami nak ignore. terima kasih buat suami yang sudi mendengar dan berubah.

sekian.

Bayangan

teringat satu hari tu, cik ey kata dia takut bila wan balik... jadi macam org berilmu yang sombong, macam ada org2 belajar agama yang mendabik dada bila berhadapan ngan masyarakat. kalau bukan sombong pun berlainan dari kami yg kurang ilmu ni. i thought she's afraid of losing a bro. aku tak fikir begitu pon. kenapa aku tak percaya? harusnya aku kemukakan fakta yang tepat utk menyangkal fikiran bakal cekgu BI tu. tapi mampukah?

i just hv a faith.. in him. in Allah swt. in myself. maka cik ey pun patut begitu. it's not easy for everybody, to communicate. it's shouldnt be that easy for Wan too. salah sorang antara kita perlu ambil langkah pertama. kalau keduanya lagi bagus. kalau kita selalu harap utk mendapat yg terbaik dari setiap hubungan, insyaallah. kita akan mula belajar dan hargai satu sama lain.

maka aku menjawab cik ey dengan satu soalan
'hv u ever speak with him on the phone?'
i dont believe he is like that.. and i dont know if he'll come home soon. why dont u try speak with him. u'll know that he's the same person as before. dan jika dia mencintai Rasulullah saw... akhlak Rasulullah saw pasti akan dia ikut.

then i remember che chik saying that he's afraid of Wan. he ask mom..
'Ma, Wan bekeng lagi dok?'
rasa macam ketar dalam hati aku. hemmm.. aku selalu fikir perasaan aku. mungkin paling jauh pasal ma ngan abah. tapi aku lupa lebih 5 tahun lepas chik baru 10 tahun. 5 tahun lepas adik2 ku masih mentah. amir pun tak boleh gambarkan Wan dgn jelas kot.

Wan tak pernah garang dgn aku. tapi tegas dgn adik2 lain. actually, aku tak pernah berperang dan gaduh dgn adik2. dan dengan Wan pun.. pernah ke? kami geng komplot masa kecik. kikiki. yg pasti, Wan memang garang ngan adik2. terutama yang lelaki. chik pulak masa kecik nakal telajok.. sampai ada masa Wan nak lempar dia dalam telaga. hahaha. memori. sekarang chik dah besar.. dah pandai fikir dah. ma kata kat chik 'chik tengok ainul. masa tu Chik kecik supo tu la. dah kalu tak dengar kata Wan bekeng la'. chik diam sambil sengih. agaknya dia boleh terima. 'tapi chik, mu lagi buas.. hahaha' dja mencelah.

kita selalu bayangkan apa yang tak boleh kita capai. selalu bayang apa yang akan berlaku. kadang kita bayang dengan apa kita rasa, sebab apa yg kita rasa lebih jelas. tapi kalau letak diri kita tempat orang lain.. kita lebih faham. lebih senang begitu.

hablul minannas.. salah satu cara berbuat baik dengan manusia adalah menjaga silaturrahim. berprasangka baik. tak semestinya selalu ada di sisi, tapi sentiasa berjaga bila diperlukan. bagi manusia selemah kita, tak setiap masa kita mampu memberi dan memberi. kita hanya beri yang termampu. kita hanya beri apa yang kita ada. kita sebaiknya memberi dengan ikhlas.. usah mengeluh dan mengungkit.

soal hubungan ni terlalu abstrak. tapi yang pasti.. jagalah hubungan dengan Tuhan, Tuhan akan berkati hubungan sesama kita. Tuhan yang menentukan. selainnya kita hanya usaha.

Wednesday, June 23, 2010

pengHARAPan & PILIHan

kolokium dah selesai. alhamdulillah.

setahun lepas terpaksa tangguh setahun sebab lahirkan sakinah. sakinah.. sakinah! cerita pasal sakinah ni tak habis. sama jugak kalau cerita pasal fatihah, si kakaknya. i did not regret the time i hv spent for them. somehow, i regret the me that haven't reached there yet.

dalam hidup kita akan memilih. belum buka mata pun dah memilih.. bila pilih untuk bangkit, buka lah mata. then pilih baju.. pilih tudung (kalau dja pilih tudung dulu, kalau terpakai baju dulu maybe akan buka balik). setengah pilihan akan beri kesan pd others. then when i did the choose, i dont want to regret. i want to be safe. i always play safe. jarang dja toleh ke belakang.

most of the time, in 24hr/day... kita selalu fokus tentang diri sendiri. terlupa pasal org lain. kdg terlalu sibuk utk melihat jamuan org lain tak sempat.. yg hidang depan mata la kita bedal. easy so easy ye.. but that's the freaking truth tentang hidup yg individualistik. asal aku hepi katanya. kadang hidangan orang lain hanya mampu kita pandang, tak mampu nak tolong. tolong doa je.

kalau kasihan itu ihsan dalam hati,
belas pula adalah ketakmampuan diri untuk buat tak tahu.
begitu indah Allah swt mempelbagaikan rasa dan emosi manusia..
begitu sempurna hingga setiap satunya membezakan diri setiap manusia.
jika pakaian manusia yang hakiki adalah akhlaknya,
zaman sekarang manusia ramai yg layak dilihat bertelanjang.

namun jika kita hanya pandang pada hidangan kita sendiri, kita tak layak untuk berkata apa. lihatlah pada hidangan mereka.. bagaimanakah hidangan hidup mereka menyebabkan mereka jadi begitu. jika kita rasa beruntung diberi hidangan hidup lebih baik.. maka adakah itu usaha atau timbul dari diri sendiri? bukan, itulah belas ihsan Allah swt yang Maha Penyayang. segala yang baik adalah darinya.

maka layakkah kita untuk berkata aku lebih baik.. mereka itu hina? sedangkan kita tak diuji dengan hidangan yg sama seperti mereka? saat dihidangkan itu kita akan memilih. dan kita diberi akal untuk memilih. kita disuruh berfikir. fikir. renung.. itulah saranan Allah swt dalam kitab agung Al-Quran. namun bila kita menerjah tanpa berfikir, timbang dan pilih maka.. benarlah yang buruk hanya dari diri kita sendiri.

doakanlah saudara2 mu.. insan2 di sekelilingmu.. malah sesiapa sahaja. moga kita tak diuji dengan dugaan yang tak mampu kita hadapi.

Thursday, June 17, 2010

Cerita Cuti Sekolah

pagi tadi rumah rasa tersangat sunyi... sakinah bangun nangis-nangis. sedih pula tengok dia. selalu sakinah bangun pagi berguling tepi kakak fatihah, hari ni kakak dah takde. tak boleh dah nak sepak kakak, sakinah suka usik kakak. pagi ni... rumah rasa sepi.

minggu ni b-day dien... tak mahu komen panjang kat sini. i think he already accepted my thoughts, words and wishes. dont wanna repeat it here.. malu larrhh!

lately, masa makin pendek. i dont hv time to play. the only rest for my soul is mengaji. sambil nyusu sakinah, sebelum tutup mata malam.. tu jer kawan paling setia sekarang.

semalam che cik belikan Quran kecik utk dja dari Mekah. i'm sooooooo happy. several weeks before ramadhan, ada separuh lagi sebelum khatam, hampir 15 juzuk. then I wish to use the new Quran for this very special Ramadhan. i'm looking forward it. sekarang ni maintain 5 juzuk utk 2 minggu. cepat pula habis.. bila rindu, bila sedih, bila risau.. mengingati Tuhan adalah penawarnya. kadang dugaan terasa berat, tapi kerana janji Allah swt tu pasti benar... Insyaallah! insyaallah!!!

I am now.. belum berpuas hati pada diri. harap nak telefon dear bro Mohd Syazwan. rindu sgt2 rasanya. I hv several dreams that i kept secret. maybe he can console me.. although sometimes i guess i can see the meaning of the dreams. bila dia nak pulang ke Malaysia? hmm... walau jauh, dia selalu dekat. setengah orang walau dekat terasa jauh. kuasa Allah utk preserve a relationship the way better than u thought.. subhanallah! whenever teringat pada orang tersayang. panjatkanlah doa utk mereka. dan selawat dan salam pada junjungan Rasulullah saw.

apa cerita cuti sekolah? sekolah dja tak cuti. sekolah kami open jer. huhuhu. time cuti sekolah ni jalan tak jam. minggu depan start la sesak atas jalan.

layan lagu maher zain rasa sebak pula. just like my soul is speaking through his song. what a beautiful rhymes.. full of meaning.. best nasyeed album ever!

Saturday, June 12, 2010

pulut susu, ikan kering..

sedap. kejap jer dah habis. bila cerita pasal pulut ni rasa nostalgia sambil makan pulut tu yang paling seronok. tambah pula ikan kering kiriman dari kampung. macam tu juga hidup sejak akhir ni.. moga akan jadi nostalgia yg indah.




Seronok tengok si kakak ngan adik bergurau. nampak sgt sayangnya. bila tersedar tidur kakak dan adik berguling malas dan sengih hepi.




Saturday, June 5, 2010

Fatihahku sayang

kakak fatihah dah besar. kejap jer masa berlalu. semalam masa berborak berdua ngan kakak, dia hampir nangis. apa yang kami borak? rahsia ibu dan anaknya. fatihah sensitif, teliti dan manja. dia sebenarnya agak suka pendam rasa.

6 tahun.. kakak dah hampir khatam Quran. sekarang dh kurang motivasi sikit sebab ramai kawan. main la.. seronok. risau juga pengaruh kawan. harap tak lama lagi bila dia betul habis, boleh peluk tiap hari. boleh cium tiap masa. boleh dengar dia cerita dan boleh tengok dia gaduh ngan sakinah tiap hari... adik beradik kena gaduh dan hadapi konflik agar jadi makin rapat. tu keprcayaan ibu.

moga kakak mendapat taufik hidayah dari Allah swt. jadi anak yang solehah, insan yang mulia.. berjaya dunia akhirat. kasih ibuayah pada kakak pastinya tak dapat dibanding dengan tingginya kasih Ilahi. sebab itu ibu mahu kakak kenal Ilahi, Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasih.. lepas tu kakak akan jumpa kebahagiaan. Insyaallah.

ps: kalau rindu, kirimkan ingatan dalam doa...

Tuesday, June 1, 2010

Dear Sakinah..


today is sakinah's 1st b-day. selamat hari lahir!

apa dah pandai? jalan takmo. berdiri dah lama pandai. tapi takut!!
suara nyaring. satu bangunan dengar kalau dia menjerit. manja.
dah pandai mintak makan.
mam mam mam mamm, ahhhhhpp (sambil tunjuk mulut sdiri)
pandai sebut tatak (kakak) tapi tak pandai sebut ibu
kalau dia nak suruh nyanyi dia sebut ta ta wa ta (twinkle little star)

moga jadi anak solehah.. dan bertakwa.