Photobucket

Tuesday, March 30, 2010

nukilan ibu untuk kakak

nur ainul fatihah selalu senyum. alya sakinah pula manja. teringat keletah masing2 ada beza, namun ada yg sama juga. rindunya...




kakak manja juga. bila cakap di telefon dia tanya 'ibu bila nak balik?'. ibu tidak mampu berjanji 'kakak doakan ibu balik, satu hari ibu habis urusan sini ibu rasa nak teman kakak di kampung'. ibu boleh bayang wajah kakak yg gembira. ibu tahu kadang kakak sedih, tapi ibu juga tahu kakak penyabar orangnya. umur yang muda, tapi pengertian kakak dalam. kakak.. belajarlah hidup dlm dugaan. satu hari kakak akan faham. ibu mahu beri yg terbaik utk kakak..

Wednesday, March 17, 2010

Fenomena Kepala Angin di Bandar Baru Bangi



Dalam perjalan pulang ke rumah lebih kurang jam 6.15 ptg semalam, aku melihat ramai orang terjengguk-jenguk kelangit sambil menunding jari. Aku berhentikan kereta di susur masuk ke Bandar Baru Bangi untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya aku dapat merakamkan kejadian ini menggunakan Iphone.

Tuesday, March 16, 2010

PAHALA BAGI SI IBU YANG MEMELIHARA ANAK


my fatihah dan sakinah

RASULULLAH SAW bersabda:

" Apabila seorang wanita redha di atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya is telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puas dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih dan lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, maka kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah "

(HR Thabrani dan Ibn 'Assakir)


ingatlah sentiasa janji ganjaran ini.. moga hilang rasa berat dan keluh sakit, kerana akhirat itu selamanya.

B-day

selamat hari lahir..