aku bersyukur.
.
.
.
.
apa bukti aku bersyukur?
kenapa aku bersyukur?
bagaimana aku bersyukur?
aku dah tak tahu nak mengulas lagi.. aku hanya boleh menyoal diri. mungkin kerana tadi aku makan nasi dengan kerutuk ayam. perghh.. sedap hingga aku rasa mengantuk kekenyangan. ermm, adakah aku bersyukur dan insaf dengan rezekiku hingga setiap kunyahan aku ingati kasih syg Yang Esa?
aku bersyukur? sekarang aku dah tak pasti aku bersyukur ke tak.
Ya Allah, ampunilah kami atas kealpaan dan kelalaian kami. Kurniakan kami cahaya, dan bimbing kami semua kepada jalanMu yang lurus. jadikan hati kami hati yang sentiasa bersyukur. moga kami tidak merungut atas dugaan yang engkau beri. moga hati kami sentiasa tenang dan berserah padaMu.. moga kami tabah dan saling berbudi sesama manusia, saling berpesan untuk sabar kerana kami mahu jadi golongan yang bersyukur.
Aminnn...
......................................................................
Bersyukur ialah : pengi’tirafan atau penerimaan suatu ihsan atau kebaikan. Seperti kita berkata :“Aku bersyukur kepada ALLAH” atau “Aku bersyukur atas segala nikmat dan kurnia ALLAH.” Bersyukur seumpama memuji, namun memuji itu lebih umum sifatnya dari bersyukur, kerana kita biasanya memuji seseorang itu atas sifat-sifatnya yang baik lagi mulia, tetapi kita tidak bersyukur kecuali atas perbuatan seseorang.
Dalam hal ini, kitab suci Al-Quran telah membuat perbandingan antara ‘syukur’ dan ‘sabar’ ini di beberapa tempat. Antaranya firman ALLAH ‘Azzawajalla dalam surah Ibrahim ayat 5 :
Maka bersyukur atas nikmat, digambarkan dengan sabar atas kesusahan.
Dalam sebuah hadiths yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim radiALLAHuanhu, Rasulullah SallALLAHualaihiwasalam telah bersabda:
”Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan ALLAH bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.”
Maka bersyukur atas nikmat, digambarkan dengan sabar atas kesusahan.
Dalam sebuah hadiths yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim radiALLAHuanhu, Rasulullah SallALLAHualaihiwasalam telah bersabda:
”Amat menghairankan sekali keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mukmin itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran- yakni yang merupakan bencana- iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya.”
baca kat sini~~~~
.........................................................................
betapa besar erti syukur bagi seorang hamba seperti kita. betapa susah dugaan, jika kita seorang yang bersyukur... dugaan bertukar menjadi hikmah. kesabaran bertukar menjadi nikmat. Syukur menggambarkan keyakinan kita pada Allah swt.. dan keyakinan/kepercayaan itu tak lain selain hakikat iman.
hidupkan hati dengan zikir fikir, sabar dan syukur. tabahkan hati.
