hari ni tak dapat dengar ikim kul 10 pagi... tak dapat dengar suara Prof Dr Muhaya... mood dja pun terganggu.
.
.
.
Bila difikir balik, kenapa sebenarnya aku sedih?
1. sebab rindu suara Prof? cam jatuh cinta pulak. tentu la tidak
2. sebab rindu nasihat Prof? rindu jugak. kerana..
aku mahu rasa tenaga positif prof mengalir kepadaku. wah! tamaknya. asyik mengalir pada diri sendiri jer, bila nak alirkan pada orang lain??? dah berkali dengar tak positif-positif lagi? hukhukhuk.
ok lah, aku telah sedar diri. aku lemahkan diri sendiri. semalam, kelmarin dulu, minggu lepas... aku selalu rasa diri lemah. selalu rasa diri hmm hmmm hmmmmmmmmmm.. teringin kehadiran suasana positif dan membina di sekeliling. mengharap tenaga itu dari luar.
maka hari ini, dja brainwash diri sendiri. mulakan kepositifan dari dalam diri sendiri, dan reach out kepada orang lain. dja mula bayangkan aura bewarna hijau yang segar dalam otak. hahaha. so dongeng like. ok dja teruskan gembira dan senyum.
ibu yang gembira dan positif akan melahirkan anak yang riang dan sihat.
isteri yang positif akan menyenangkan suami.
wanita yang positif membahagiakan rumahtangganya!!
apa salahnya aku diduga dengan susah, apa salahnya aku diduga dengan masalah, apa salahnya aku diduga dengan emosi... aku akan positif dan berkembang jadi lebih baik. aku akan jadi manusia lebih baik dan berjalan dibumi ini, sebarkan kebaikan dan jadi umat yang dikata terbaeeekkk!!!
wohaa!!! ermmm, macam pernah dengar laungan ini. kekeke.
manusia yang bersemangat waja ini tiba-tiba terasa lapar dan mahu makan. banyak sangat guna energy nak hasilkan kepositifan agaknya.
..............................................
tadi dja baca blog keretamayat, latest post pasal THE ARRIVALs.

kenapa la manusia ni suka berbantahan? ehh.. bukan ke manusia memang bersifat begitu. cuba baca ayat-ayat akhir surah al-kahfi. jelas, berbantahan tu sifat manusia. tapi berbantahan itu salah satu pintu kemasukan setan.
kau bodohkan dia, dia bodohkan kau, aku mencelah, ngan aku jadi bodoh. alamak!
so what? siapa yang bodoh?????
what a negative environment. asyik nak bergoncosss. ingat semua manusia ni lahir satu mak, masuk satu kelas, kawan sama, berkumuh sama??? raikan saja perbezaan pendapat. dan mula belajar. setiap orang berbeza. aku caraku kamu caramu, cara terbaekk cara yang digaris agama dan syariat. cara terbaik akhlak terbaik akhlak al-Quran akhlak Rasulullah. non-other than that.
at least gunakan otak sendiri untuk bezakan yang salah atau betul. kalau rasa kelabu atau tak jelas, menuntut la lagi. menuntut jangan dengan sumber yang kelabu tahik enjen.. cari yang jelas. yang kelabu mana berupaya terangkan yg kabur. generate your own opinion, jangan jadi melayu pak angguk-angguk.
sempitkah dunia kita? dunia akan sempit, hidup akan tersepit tanpa cahaya dari Allah swt. buka sikit minda itu dengan bertanya, kemudian cari jawapan.. cari ILMU! ilmu ini bukan di sekolah atau ipt ajer, kat kolej pun ada. hehehe, kat tepi jalan pun ada. kenapa malas sangat dan nak jadi pak angguk mak angguk??
so pihak berkonspirasi paling suka golongan angguk angguk ni. paling senang nak dipengaruhi. duit kena cilok pun ok, harta kena samun depan mata pun ok, anak kena cabul oleh kementerian pelajaran pun ok.. malah first lady anjur fesyen Islam macam murahlady pun bangga ajer. unsur dajal merata dalam masyarakat, but diorang kata 'i ok jer,i alredi know their conspiracy'... dowwhhhhh!!!
malang saja pihak pengeluar video lebih 50 episod tu menerangkan, rupanya masih ramai tak kenal sifat dajal. ramai tak ambil port tujuan dajal. adakah dajal bertujuan hasilkan menara berkembar dan satelit? adakah tujuan sebenar dajal untuk perkenalkan makhluk asing kepada manusia? huhuhu. apa matlamat dajal???? maka makcik dan pakcik pun fikir sambil pekena ayam kenny rogers sambil layan citer transformers.. penakhlukan sudah bermula. jeng jeng jeng!!! makcik dan pakcik akan bersedia menonton hingga lah transformers akan habis berepisod di panggung wayang. macam tu jugalah pakcik makcik penonton the arrivals, cam tonton wayang. lepas tonton balik ke kehidupan asal....
faham? dja pun tak faham.
kalau kita tak tahu bezakan yang mana dakyah dajal dalam setiap aspek hidup, kita tak memilih untuk singkirkan atau jauhkan diri... maka sia-sialah peringatan-peringatan tentang dajal yang diberi pada kita. ubahlah walau sikit... ubahlah. kalau dulu Quran pun tak nampak, nampak sekali sehari takpe. lepas tu mula sentuh. lepas tu baca. ulang baca tiap hari. percaya atau tak, para sahabat Rasulullah saw pun alami perkara sama untuk istiqamah.. susah tau nak jadi baik.
point penting. UBAH!!!
ubah diri. kalau dulu susah nak dengar khutbah/ceramah atau nasihat agama.. sekali seminggu paling kurang taip la kat youtube ... ustaz ismail kamus... ustaz zahazan.... ustaz kazim elias..... anda akan merasai 10 minit video bermakna dalam diri anda. percayalah! 10 minit sehari, masuk tandas pun lebih 10 minit aper.
jika anda berasa berat hati nak membantah perkara mungkar, anda telah termakan agenda dajal. cara termudah nak elak diri tergolong dalam penyokong dajal.. nahi mungkar. katakan tidak pada perkara yang mungkar. itulah sebagian keimanan.
ok.. lapar.
sambung len kali... malas dah nak sambung.
semoga kita dapat menjauhi fitnah dajal. aminnn..

No comments:
Post a Comment