Photobucket

Tuesday, October 26, 2010

positive conspiracy theories

hari ni tak dapat dengar ikim kul 10 pagi... tak dapat dengar suara Prof Dr Muhaya... mood dja pun terganggu.
.
.
.

Bila difikir balik, kenapa sebenarnya aku sedih?
1. sebab rindu suara Prof? cam jatuh cinta pulak. tentu la tidak
2. sebab rindu nasihat Prof? rindu jugak. kerana..


aku mahu rasa tenaga positif prof mengalir kepadaku. wah! tamaknya. asyik mengalir pada diri sendiri jer, bila nak alirkan pada orang lain??? dah berkali dengar tak positif-positif lagi? hukhukhuk.

ok lah, aku telah sedar diri. aku lemahkan diri sendiri. semalam, kelmarin dulu, minggu lepas... aku selalu rasa diri lemah. selalu rasa diri hmm hmmm hmmmmmmmmmm.. teringin kehadiran suasana positif dan membina di sekeliling. mengharap tenaga itu dari luar.

maka hari ini, dja brainwash diri sendiri. mulakan kepositifan dari dalam diri sendiri, dan reach out kepada orang lain. dja mula bayangkan aura bewarna hijau yang segar dalam otak. hahaha. so dongeng like. ok dja teruskan gembira dan senyum.

ibu yang gembira dan positif akan melahirkan anak yang riang dan sihat.
isteri yang positif akan menyenangkan suami.
wanita yang positif membahagiakan rumahtangganya!!

apa salahnya aku diduga dengan susah, apa salahnya aku diduga dengan masalah, apa salahnya aku diduga dengan emosi... aku akan positif dan berkembang jadi lebih baik. aku akan jadi manusia lebih baik dan berjalan dibumi ini, sebarkan kebaikan dan jadi umat yang dikata terbaeeekkk!!!


wohaa!!! ermmm, macam pernah dengar laungan ini. kekeke.

manusia yang bersemangat waja ini tiba-tiba terasa lapar dan mahu makan. banyak sangat guna energy nak hasilkan kepositifan agaknya.

..............................................
tadi dja baca blog keretamayat, latest post pasal THE ARRIVALs.




kenapa la manusia ni suka berbantahan? ehh.. bukan ke manusia memang bersifat begitu. cuba baca ayat-ayat akhir surah al-kahfi. jelas, berbantahan tu sifat manusia. tapi berbantahan itu salah satu pintu kemasukan setan.

kau bodohkan dia, dia bodohkan kau, aku mencelah, ngan aku jadi bodoh. alamak!

so what? siapa yang bodoh?????

what a negative environment. asyik nak bergoncosss. ingat semua manusia ni lahir satu mak, masuk satu kelas, kawan sama, berkumuh sama??? raikan saja perbezaan pendapat. dan mula belajar. setiap orang berbeza. aku caraku kamu caramu, cara terbaekk cara yang digaris agama dan syariat. cara terbaik akhlak terbaik akhlak al-Quran akhlak Rasulullah. non-other than that.

at least gunakan otak sendiri untuk bezakan yang salah atau betul. kalau rasa kelabu atau tak jelas, menuntut la lagi. menuntut jangan dengan sumber yang kelabu tahik enjen.. cari yang jelas. yang kelabu mana berupaya terangkan yg kabur. generate your own opinion, jangan jadi melayu pak angguk-angguk.

sempitkah dunia kita? dunia akan sempit, hidup akan tersepit tanpa cahaya dari Allah swt. buka sikit minda itu dengan bertanya, kemudian cari jawapan.. cari ILMU! ilmu ini bukan di sekolah atau ipt ajer, kat kolej pun ada. hehehe, kat tepi jalan pun ada. kenapa malas sangat dan nak jadi pak angguk mak angguk??

so pihak berkonspirasi paling suka golongan angguk angguk ni. paling senang nak dipengaruhi. duit kena cilok pun ok, harta kena samun depan mata pun ok, anak kena cabul oleh kementerian pelajaran pun ok.. malah first lady anjur fesyen Islam macam murahlady pun bangga ajer. unsur dajal merata dalam masyarakat, but diorang kata 'i ok jer,i alredi know their conspiracy'... dowwhhhhh!!!

malang saja pihak pengeluar video lebih 50 episod tu menerangkan, rupanya masih ramai tak kenal sifat dajal. ramai tak ambil port tujuan dajal. adakah dajal bertujuan hasilkan menara berkembar dan satelit? adakah tujuan sebenar dajal untuk perkenalkan makhluk asing kepada manusia? huhuhu. apa matlamat dajal???? maka makcik dan pakcik pun fikir sambil pekena ayam kenny rogers sambil layan citer transformers.. penakhlukan sudah bermula. jeng jeng jeng!!! makcik dan pakcik akan bersedia menonton hingga lah transformers akan habis berepisod di panggung wayang. macam tu jugalah pakcik makcik penonton the arrivals, cam tonton wayang. lepas tonton balik ke kehidupan asal....

faham? dja pun tak faham.

kalau kita tak tahu bezakan yang mana dakyah dajal dalam setiap aspek hidup, kita tak memilih untuk singkirkan atau jauhkan diri... maka sia-sialah peringatan-peringatan tentang dajal yang diberi pada kita. ubahlah walau sikit... ubahlah. kalau dulu Quran pun tak nampak, nampak sekali sehari takpe. lepas tu mula sentuh. lepas tu baca. ulang baca tiap hari. percaya atau tak, para sahabat Rasulullah saw pun alami perkara sama untuk istiqamah.. susah tau nak jadi baik.

point penting. UBAH!!!

ubah diri. kalau dulu susah nak dengar khutbah/ceramah atau nasihat agama.. sekali seminggu paling kurang taip la kat youtube ... ustaz ismail kamus... ustaz zahazan.... ustaz kazim elias..... anda akan merasai 10 minit video bermakna dalam diri anda. percayalah! 10 minit sehari, masuk tandas pun lebih 10 minit aper.

jika anda berasa berat hati nak membantah perkara mungkar, anda telah termakan agenda dajal. cara termudah nak elak diri tergolong dalam penyokong dajal.. nahi mungkar. katakan tidak pada perkara yang mungkar. itulah sebagian keimanan.


ok.. lapar.

sambung len kali... malas dah nak sambung.



semoga kita dapat menjauhi fitnah dajal. aminnn..

Wednesday, October 20, 2010

DOA AMALAN MUKMIN

DOA ELAK BALA DAN KEHINAAN


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ


Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadha` dan kegembiraan musuh ( terhadap masalahku .)


DOA BILA DITIMPA MUSIBAH


إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا


Maksudnya : Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik(dari musibahku)


DOA ELAK PENYAKIT BERJANGKIT

di baca tiga kali pada pagi dan petang

بسم الله الرحمن الرحيم

تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ

اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا

لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ

وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِين


Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, dan kami berlindung dengan Tuhan yang Memiliki alam gaib, dan kami bertawakal kepada Tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkan lah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha mengetahui sesungguh Engkau diatas setiap sesuatu amat berkuasa,

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين


http://ekhutbah.wordpress.com/

Tuesday, October 19, 2010

Hutang, Perang dan ....PILIHAN....

isu hutang..

siapa yang boleh rasa tenang bila berhutang.
benar la kata.. orang yang berhutang ni umpama tergantung di dunia, tergantung lagi di akhirat. huhuhu. unsettled!

bila bangun pagi, fikir hutang.. bila kerja fikir hutang.. balik rumah teringat hutang, nak tutup mata nak tidur pun sempat imbas perkara keramat tu.. bak kata poksu, momok jugok tu. kereta pun mmugo supo hatu rayo.. keno jamu sokmo.

hutang dunia boleh kira atas bil, ada penyata. manusia takut dengan benda nyata ni. hutang dgn sesama manusia (budi dan darah), dan utama hutang dengan Tuhan takde bil. cuba bayang kalau tiap bulan sampai bil nafas, bil rezeki, bil cahaya matahari.. perghhh! mau tak bergerak manusia sampai bil minta bayaran (kalau tak bayar, kena potong nafas).

hahaha (tergelak aku sambil telan ayak liur cuak).. malam ni akan ku baca surah Waqiah tiap malam... dan doa supaya bebas dari hutang dunia. walau tak berdaya.. usaha, usaha. paling penting, bebas diri dari riba.



---------------------------------------------------

siapa perasan dalam diri dia ada dua side berlainan?? angkat kaki kalau kamu setuju.. tak perlu la angkat betul-betul, malu jer kalau org nampak.

satu pihak dalam diri sangat ingin kebaikan, mahu capai kerohanian yang baik... manakala satu pihak lagi liar (samaada dalam hati sahaja atau sifat itu pernah atau sedang terlepas bebas).

hahaha, aku gelak lagi dengan rasa pedih dalam dada.

tak perasankah apa yg selalu berlaku dalam diri sendiri? it's a war between angels and demons. itulah yang digelar jihad sebenar, yang lebih besar daripada jihad di medan perang fizikal. bila buat sesuatu yang baik.. maka gelakkanlah syaitan yang kalah itu. wahahahaha. JANGAN!!! sedikit riak sahaja akan heret kita ke jalan salah.

hakikat jalan Allah swt.. hanya satu jalan. semua yang lain adalah jalan yang terpesong. bila syaitan kalah dalam hal besar, syaitan takkan beralah dalam hal kecil. dan bodohlah manusia yang rasa syaitan itu bodoh. dan bodohlah manusia yang mengutuk dan mengeji syaitan.. kerana perkara sia-sia ni memang syaitan suka. so keep yourselves low and thankful bila diberi cahaya oleh Allah. yep. bila takde cahaya, malaikat takkan menang dalam hati kita.

Ada ustaz pesan suruh fahami bacaan Al-Fatihah yang kita duk ulang baca dalam solat. mengapa kita minta jalan yang lurus??? sebab jalan tu tak selalu diberi terang oleh Allah swt. hanya bila Allah swt rahmati, kita akan diberi nur penyuluh jalan.

perghh.. talk like ustazah..


-------------------------------------------------------
CELIK MATA DAN JIWA (Dr Muhaya)

org mukmin tak pernah rehat sampai Allah swt panggil
apa yang kita kejar? apa matawang di akhirat kelak?

sifat kelembutan dan akhlak
-hubungan dgn manusia baik, hubungan dengan Allah swt akan baik

pilihan
-jangan pandang belakang, dont blame the past. but look forwards.



pilihan bagi kita untuk hidup dengan cara apa? cara mana? Rasulullah saw, insan yang paling kita patut percayai hanya tinggalkan kita Quran dan sunnah. dan sunnah yang paling Rasulullah saw tekankan adalah akhlak dan kelembutan... curah kasih sayang dan kebaikan. so dengarkan lagu Sami Yusuf kat atas dan hayati nilai kebaikan. perghhh, best.

kebaikan itu sedekah.. sedekah itu nilai tinggi di sisi Allah. walau ikhlas itu dikata bagai semut hitam atas batu hitam tengah malam hitam kelam.. tapi usahakan untuk memberi kebaikan. itulah matawang yang akan kita bawa ke akhirat kelak. Ya, kita masih hina dan selalu hina.. tak mampu beri yang nampak gah di mata orang... tapi biasakan memberi walau sepotong doa, satu senyuman.. pujian.. atau hanya berfikir positif tentang orang lain di sekeliling anda, dan ucaplah kata-kata yang baik.

huweeeee... ustazah membebel lagi. aku bukan ustazahhhh

dr muhaya: nilai wanita bukan terletak pada mahar, tapi pada layanan suami padanya.
dalam hidup wanita hanya ada suami... huhu, sob sob.. tersedak aku mendengar nasihat dr

ok.. nilai wanita terletak pada 1. cepat kawin 2. murah mas kawin 3. ramai anaknya.


4 prinsipal amalan tiap hari

1. hormat setiap makhluk
2. jujur dgn keikhlasan (buat tanpa ada niat tersembunyi)
3. kelembutan
4. apa yang kita boleh buat pada orang dgn bakat dan kelebihan kita.

kesimpulannya

biar tamak pahala, jangan tamak duit.



Saturday, October 16, 2010

TAUBAT


wahai Tuhan.. jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku...

apa yang mahu aku ucapkan.. terlalu banyak.. terlalu dalam.. dan setiap penyelesaian ada pada jalanMu.
sebenarnya hati merindu, ketenangan yang hanya dengan mengingatiMu. Ampuni segala dosaku.

Wednesday, October 13, 2010

teori gender


man vs woman.. they dont think alike, they dont feel alike... so stop comparing your thoughts as well as his/her. man and woman just differ from each other. they are just solid and liquid.

take a container, put some rock.. did them fill all the space in it? no.
then curahkan air.. hmm.. terisi kan? lelaki jiwa seperti batu, wanita seperti air.
lelaki ada kekuatan dan ketegasan asli, perempuan lebih suka kelembutan dan kasih sayang.
they match each other. melengkapkan satu sama lain.

kenapa perempuan perlukan lelaki?
pernah dengar, bulat air kerana pembentung tak? lelaki melengkapi dengan sediakan perlindungan, membentuk dan menjaga.. lelaki yang takde ciri tu kena usaha lagi. nak jadi pembentung dan bekas yang baik untuk menampung air perlukan ilmu, kesungguhan dan ketabahan.. disiplin. faham? buat-buat faham je.

kenapa lelaki perlukan perempuan?
untuk mengisi kekosongan besar dalam diri mereka. air yang menitis di atas batu, lama-lama tinggalkan kesan. lelaki juga perlukan wanita untuk jayakan hidup. termasuk mendidik anak-anak yang rapuh dengan kelembutan dan pencirian halus yang dimiliki wanita. bila hati mereka semakin membatu, kelembutan wanita akan beri mereka kelebihan untuk lebih fleksibel dan bersemangat dalam hidup. siapa? ibu mereka, isteri mereka..




apa yang menarik lagi, jika banding kedua cecair dan pepejal.. ada satu benda yang boleh ada dalam kedua keadaan.. yep, it's water. cair, ais malahan boleh jadi wap. nanti ada yang tanya jika lelaki pepejal, wanita macam cecair.. then apa yg gas???? hahaha.. letak la apa yang kamu suka. mungkin gas itu syaitan atau malaikat. which one you choose to win within your heart.

malam ni aku membebel.. (^_____^)


Tuesday, October 12, 2010

kasih sayang (Islam itu indah bersama prof dr muhaya mohamad)

sayangi diri.. jika tak sayang diri, tak mampu nak sayang orang.

kasih sayang dalam Islam.. minda Islam, minda berkasih sayang.

kalau sayang diri..
- jaga kesihatan, kebersihan, ketrampilan
- jaga akhlak, elak pandangan buruk orang, jaga hubungan sesama manusia
- jaga keselamatan diri, jaga aurat (elak mata tak beriman melihat kita)
- jaga hubungan dengan Allah swt

circle of life..
mula kasih sayang/kebaikan di rumah(keluarga) then radius capai keluar kepada orang luar (kawan-kawan).. sejauh mungkin.

APAKAH KASIH SAYANG BOLEH BUAT?

memaafkan, menerima, memberi balik kasih sayang.
kasih sayang memberi anak-anak satu pandangan positif tentang hidup.

DIDIKAN REMAJA:
- kasih sayang (peluk)
- role model
- wawasan
- target (apa nak capai 10 tahun lagi)
- pertimbangan ke atas perkara2 di atas.

bersyukur..
jgn pandang ke belakang. jgn jadikan masa dulu alasan untuk bina masa hadapan.
jadikan kasih sayang sebagai motivasi.

kanak-kanak yang diberi kasih sayang, diajar menyayangi..
kanak-kanak yang diberi pujian, diajar keyakinan diri..

KEJAYAAN adalah kita tahu arah mana kita pergi.

teknik pernafasan...
tarik.. tahan, byg badan rileks.. lepas
tarik.. tahan, bayg perkara positif.. lepas

cukup bagiku..

Bila saat kita berhadapan kesukaran. bila tak semua yang kita mahukan akan kita perolehi.. maka cukuplah bagi kita Allah swt

Cukup bagi aku kasih sayangMu.
Cukup bagiku ihsanMu..
dan duka ini, dan hati ini akan aku kekang sehingga mati.

Cukup bagiku apa yang kau beri padaku lebih dari cukup
Bila kau bukakan pintuMu untukku, maka itu lebih dari cukup.
Aku malu padamu, atas segala keterlanjuranku. Atas kelemahanku.
Aku harap pengertian, dan aku jumpai yang terbaik hanya padaMu.
Allah Maha Agung.

Saat aku keletihan, aku memohon bantuanMu, aku pohon padaMu.
Aku belum kenal syurga atau neraka.. terlebih dahulu aku rasakan nikmat kasihMu.
Cukup bagiku pada saat ini.. hidup ini kerana engkau melindungiku.

Bantulah kami Ya Allah.. jangan jauhi kami dari jalanMu.

Tuesday, October 5, 2010

SuperHERO

'Siapakah gerangan penjahat yang buat anak bongsu aku bersedih?' kata abah sambil memujuk Su Mir pada suatu hari. (^_^)

Tu la abah. Sejak lewat umur 40an abah umpama George Clooney yang tak pernah ke saloon. masih hensem dan menarik. Lupa.. abah mana kenal GC, abah kenal Broery Marantika.

Tika umur ni abah makin sunyi, anak-anak hanya pulang bila cuti. Mungkin waktu pagi abah, bangun tiap pagi dan tanya lambat lagi ke masa anak-anak nak berkumpul? Rindu kemeriahan dalam istana kami, seperti mana kami anak-anak rindu untuk bersama abah dan ma.. rindu keriuhan.. maka abah pun pergi ke kedai kopi. kalau anak-anak ada, dia duduk berpantun sambil mengambil asap nafas di beranda. Kalau kami pulang, pagi-pagi lagi abah akan menyeru cucu-cucunya. Bayangkan saja kegembiraannya bila anak cucu berkeliaran dalam rumah... (T_T)

Aku tak mampu tengok muka abah lama-lama, nampak garis-garis tua semakin nyata.. maka semakin nyata abah takkan selamanya dengan kami. *speechless* Tika umur ini abah berbeza dengan masa mudanya, jika dulu dia lupa umur kami sekarang dia mengingati dan memahami kami anak-anak dan cucu dengan baik. aku semasa peralihan umur abah, berada jauh dengannya.. abah semakin kerap menelefon anak-anak walau sekejap... kerana waktu ini anak juga mula keluar dari rumah, ke asrama.. membina hidup sendiri.. (-_-)

Ada seorang puteri sedang bermanja dengan abah.. mengubat rindu dan sepi abah. menambah sesak hidup abah. dulu aku menangis tiap hari rindui puteri tu. tapi bukan ke abah tahan hati rindui kami?

Suatu hari, aku pulang dan mendengar abah mengaji Quran. berapa lama aku tak pulang? Jika seorang ibu, mahu tak ketinggalan melihat perkembangan anak-anak, kenapa aku terlepas perkembangan tentang abah? Aku hanya mampu berdoa dan doa, cuba fahami dan tabah dengan aturan Allah swt.. jika kamu punyai kemampuan, buatlah terbaik untuk ibubapa.

My father is my hero, no... actually he's my SUPERHERO.



ps: couldnt write it longer.. tak tahan.

Saturday, October 2, 2010

HIKAYAT BULAN - CINTA SELAMANYA

today i'll write about LOVE.

yup! kata la nak kata aku jiwang, so it's part of me. aku dibesarkn dlm house of love oleh mak ayahku. hahaha, katakan saja kalau kamu semua jeles padaku. aku terima. kekeke.


setiap orang cari cinta, nak dicinta dan nak mencintai... ramai yg definisikn cinta sebagai bla.. bla.. bla.., ramai juga yg kategorikan cinta, cinta pada tunggul cinta pada hiburan, cinta kekasih makayah, Tuhan bla... bla... lagi. semua betul. sebab semua mencinta mengikut apa yg mereka faham. jangan gaduh-gaduh.

CINTA itu selamanya. LOVE is forever (bak kata matt MUSE).. aku setuju. kerana baru-baru ni aku disedarkan tentang erti cinta. wow!! aku baru sedar? takkan la.. cinta aku telah naik satu darjat lagi sebelum boleh diberi gelaran master guruji pyar kartehe. hahaha. merapik ajer.

biar la aku sampaikan dongeng cinta kasih si Bulan dulu. suatu masa dulu, minah ni jatuh cinta dengan putera kayu hoki.. kemudian dilarikan ke gunung selonggok oleh mak tirinya. maka jatuh sakit la si minah ni selama 100 purnama, meracau-racau dan menyeru nama putera kayu@ Bugis itu. selama seratus purnama itu mak tiri dan ayahnya meneruskan perniagaan sutera mereka hingga semakin maju adanya terkenal seluruh dunia. Si minah ni ditinggal dengan pembantu dan tabib yang mengajarnya ilmu dunia dan keTuhanan agar kuat melawan sakit jiwa. cekal hati si Bulan ni, meneruskan hidup mula dari bawah semula. bila semakin meningkat dewasa, diam-diam dia hantar orang untuk merisik khabar si putera itu. Putera Bugis juga alami patah jiwa, namun dikelilingi ramai gundik dayang yang setia untuk mengubat laranya. mengenang diri yang tak mampu menggapai si putera, Bulan usaha lagi menjadi lebih kuat supaya mampu berdikari. Akhirnya Bulan menjadi seorang yang disegani, cantik sopan kegilaan ramai orang. Maka, sampai masa juga orang tua Bulan mahukannya bersuami dengan seorang saudagar unta. Bulan hanya berdiam diri, meminta masa dan kemudiannya hilang dari Gunung Selonggok.. ke mana Bulan pergi?

Bulan menyamar menjadi seorang abdi, menuju ke istana Bugis. Sampai di sana, dia saksikan Putera Kayu Hoki dengan seorang dayangnya telah bernikah. Bulan terkejut dia tidak sedih. Namun dalam hati Bulan begitu bahagia melihat putera itu mendapat teman yang setia disisinya selama bertahun. Sedangkan Bulan hanya mencintai Putera atas dasar rasa mendalam yang dirasai bertahun-tahun. Dayang itu mencintai putera, Bulan mencintai rasa cinta. Maka Bulan pun pulang dan bernikah dengan saudagar unta, menerimanya saudagar dengan sepenuh hati.

..............................................

faham tak cerita tu? Aku pun tak faham. Sekadar merapik nak panjangkan post.

apakah maksudnya mencintai seseorang? betulkah cinta itu selamanya?
betul, cinta itu selamanya.

cintai seseorang.. adalah doa dan harapan agar insan itu bahagia
cintai seseorang.. umpama baja yang membantu pokok besar, rendang dan berbuah
cintai seseorang.. tanpa mengharap balasan, begitu tulus
cintai seseorang.. umpama melepaskan burng terbang tinggi
cintai seseorang.. satu apresiasi semangat dan kasih agar kebaikan dan harapan suci mekar
cintai seseorang.. bukan bermaksud untuk berakhir bersama
cintai seseorang.. *speechless*


and i cried knowing what love really is. Allah swt memberi kita anugerah yang besar dengan merasai cinta. cintai seseorang.. umpama melihat dunia penuh dengan kasih sayang dan positif. tiada lagi niat buruk dan kebencian.

Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :

"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"


namun cinta terhadap rasa cinta.. adalah nafsu. dan selfish. tamak. maka apa yang Bulan rasa hanyalah cinta rasa, bukan cinta sebenar pada individu. cinta sebenar adalah melakukan yang terbaik, untuk mereka tersayang.. demi satu jasad dan roh yang kita terima dengan ikhlas, sepenuh hati demi kebaikan orang tersebut.

cinta selamanya? bukankah dengan sedekah, selepas kita pergi ke alam lain pun kebaikan yang kita curah akan bermakna? itulah cinta selamanya. so big and precious LOVE. so, start loving everybody right now. u'll build and create a wonderful world!