Photobucket

Wednesday, January 5, 2011

Open Up

Semalam dja berlibur depan tv, layan Hollywood tv series.. pasal relationship. Pasangan suami isteri melalui sesi kaunseling perkahwinan, dan kaunselor tu cadangkan suami isteri tingkatkan komunikasi, luahkan dan berborak antara satu sama lain.

Bukan selalu dja melayan movie, tapi apa yg interesting di akhir cerita seorang suami mula meluahkan pada isterinya..

“Bila kamu pulang, kamu selalu bercerita tentang lelaki yang hebat dan kamu kagumi. Itu buat aku rasa kecil. Dan aku takut, kamu akan memilih lelaki lain yang yang jauh lebih hebat berbanding aku”

Usahkan isterinya (lakonan semata).. dja pun tersentuh. Betapa dja sebagai isteri tidak pernah terfikir perbuatan bercerita tentang perkara kita kagumi diluar, akan sebabkan suami sendiri rasa kecil. Betapa ego suami akan tak langsung tercalar tanpa kita sengaja. Bayangkan jika kita peminat bola, kita lihat Henry tu sangat bersemangat and passion and disiplin and determination and hensem.. bla la la la, lalu kita ceritakan berulang kali depan suami/pasangan, semakin kecik suami kita.

Bayangkan jika komunikasi kita dengan pasangan hanya setakat so-so, dan kita saban hari beralasan dengan sibuk, letih dan penat dan menolak untuk berinteraksi dengan pasangan.. maka perkara begini akan tersimpan dan menyesakkan dada.

Apa yang suami rasa? Apa yang suami mahu? Mahu dipandang tinggi oleh isteri, mahu kekal nombor 1 di mata sang isteri, mahu penghormatan dan kesetiaan tak berbelah bagi. Sampai satu saat, isteri akan tersentuh bila sang suami meluahkan.. “Abang takut kehilangan kamu”. Hakikatnya, dia bukan hanya takut kehilangan isteri, juga takut kehilangan pandangan hormat dan kasih dari si isteri.

Kemudian, dja rasa si isteri (lakonan) tu tak perlu lagi nak lakonkan part dia (walau dia lakonkan dengan baik). Memahami suami, kadang kita rasa kenal suami, tahu kegemarannya, tahu kesukaan dan hobinya.. namun lebih bagus lagi kita letakkan diri kita umpama baru mengenalinya.

“Let’s move forward. Let’s start over again”

Sudah tentu para isteri tak bermaksud begitu.. itulah kelemahan seorang manusia. Kadang terlupa menilai dan mengenali perkara yang paling berhak padanya.

“Maafkan saya..”

Dan gugurlah segala kegusaran, ruang yang menjarakkan pasangan akan beransur hilang.. dengan hanya komunikasi yang baik. Betapa indahnya kejujuran dan fikiran yang terbuka, memaafkan dan toleransi.. semuanya akan kembali indah. Insyaallah.

“Awaklah satunya insan paling penting dalam hidup saya selepas Allah swt dan Rasulnya. Ampunilah saya, sayangi dan redhalah saya.” Itulah ungkapan jujur si isteri untuk suami. Ringkas.. tanpa perlu beralasan penat letih dan sibuk.

Dan suami, tiada hak untuk melukakan hati anak dan isteri yang menyayangi mereka sepenuh hati. Anak dan isteri yang sedia menyambut pulangnya selepas hari sukar mencari nafkah.. teringat satu ungkapan dari sahabatku ‘mula sebuah ikatan, terimalah kurang dan lebih pasangan kamu’. Alhamdulillah..

Setiap individu mempunyai isu, yang membezakan adalah bagaimana kita menanganinya. Masjid yang kita bina dengan penuh kasih, bermatlamatkan keredhaan Allah swt.. pastinya suatu anugerah terbesar yang perlu kita jaga bersama. Dan tentunya masa depan lenih penting, masa yang telah lalu pergi hanya kenangan dan pengajaran.

Selamat Tahun Baru 2011.

Monday, December 20, 2010

Memilih jalan hidup

Lama tidak bersua, wahai blog. Sedang sibuk melayan aktiviti yang padat, Alhamdulillah sempat sekali sekala mendengar dan membaca bahan ilmiah untuk bekalan. Terima kasih wahai teknologi yang semakin maju, menyenangkan hidup. Kalau dulu manusia hanya mampu buat sikit, sekarang mampu buat banyak. Kapasiti diri manusia rupanya begitu diluar jangkaan.

Banyak cerita mahu dikongsikan. Ada seribu macam terbuku dalam diri. Dari cerita sang kancil menipu buaya.. hingga cerita tentang kawan, cerita tentang keluarga, cerita tentang remaja..

Perkara pertama tentang hidup adalah mengurus sumber dan data. Sebelum menjadi suatu yang berguna dan senang dicerna jadi input bernilai, pastikan hidup bersistem. Dja pada hari pertama minggu ni…. muhasabah diri dan mengurus kembali apa yang tak tersusun.

Buat suami, maafkan jika terdapat salah silap dan kekurangan sepanjang dja jadi isterimu. Percaya atau tidak dah lama bahtera kita belayar. Moga hati ini terus bersyukur dan kita tak penat berusaha untuk membuat yang terbaik.

Buat kawan, jika kita telah membuat apa yang terbaik dan persahabatan kita mendekatkan kita kepada jalan Allah swt.. maka tiada kekesalan yang kita simpan. Perpisahan takkan mengubah nilai sedikit masa kita kongsi bersama. Kerana dalam ingatan dan doa kita doakan masing-masing yang terbaik. Bukan begitu sentiasa kita saling berpesan? Dan berpesan untuk bersabar.. dan berpesan untuk berusaha.. terima kasih. Teman yang baik, kehilanganmu pasti akan dirasai namun begitulah resmi hidup. Sedikit saja sudah cukup. Sekejap saja sudah berbaloi berbanding tiada langsung. Dan kita memilih untuk bersyukur dan redha. Bukankah katamu balaslah dengan kebaikan.. aku yakin kita berfikir yang sama.

Perpisahan takkan mengubah hakikat pertemuan. 3 minggu bersama anak-anak remaja yang sedang mencari diri, mengubah persepsi hidup dja. Betapa nyawa dan hidup adalah anugerah yang bernilai. Dan betapa perjalanan hidup itu penting berbanding dengan pencapaian. A journey is worth more than the destination. Maka manusia semasa kamu sedang mengejar citamu, sentiasalah jadikan pengalaman suatu yang berharga. Belajarlah, hayatilah dan muhasabahlah.. dengan kesyukuran kamu akan jadi berharga umpama berlian dari lombong arang. Tak semua arang akan menjadi berlian, ada yang sekadar menjadi grafit diguna untuk mata pensil.. namun jika hidup mengujimu dengan payah dan sukar, bersyukurlah kerana kamu diuji untuk menjadi lebih berharga.

Yup! Berharga. Nilai diri kita adalah di tangan kita sendiri. Ada manusia yang melalui jalan sukar dan hina sebelum diberi peluang menjadi berharga. Ada yang melalui jalan yang sukar namun tak belajar apa-apa, semua pengalaman tak dihayati dan gagal dicerna dengan baik.. hanya kerana minda yang negatif dan tak bersyukur. Begitu juga sekiranya hati yang riak dan kotor, maka kemampuan untuk mencerna kehidupan jadi ilmu bermanfaat akan gagal. Semua yang berlalu akan jadi sampah, beku dan beban. Sedang jika sebaliknya, penyesalan dan kesyukuran menjadikan hidup lebih terarah dan bermatlamat.

Bergaullah dengan mereka yang berfikiran positif. Jiwa negatif di sekitar hidup kita akan menyebabkan kaki yang lemah tersadung. Jiwa yang negatif disamping kita menyebabkan hati terluka dan lemah. Berjalan dengan positif ke depan. Namun yang lebih penting adalah diri sendiri, minda kita, fikiran kita dan tindak tanduk serta percakapan kita sendiri perlu positif. Kekuatan dari dalam diri, akan menggembirakan dan menjadikan sekitaran ibadah kita selesa. Fokus pada diri untuk mencapai kejayaan, moga mampu memberi balik pada makhluk lain.

Usai saja program, anak-anak tersenyum lebar. ‘Kasihannya anak-anakku.’ Dalam hati terngiang suara sendiri meminta maaf kerana kesibukan yang memakan masa bersama mereka. Anak-anak ibu sungguh memahami. Masih kecil namun tidak merungut. Ibu pastikan kamu dapat yang terbaik. Kerana nilai kamu sentiasa tinggi dan melebihi nilai kerjaya ibu. Ah, comelnya bila kamu senyum. Walau sedikit masa ibu luang untuk kamu, ibu mahu ia berkualiti. Dalam Islam, kualiti lebih penting dari kuantiti.

Isteri terbaik

Suatu hari temanku berbual denganku mengenai Siti Khadijah ra. Kami bukanlah ahli ugama. Kami juga bukan cendekiawan agama.. namun kami sepakat bahawa perkara sunnah, peribadi Rasulullah saw dan sahabat adalah contoh ikutan yang akan menjadikan dunia suatu tempat yang indah.

Bagi aku sendiri, aku tak layak walau sedikit jika nak bandingkan diri dengan ummu mukminin. Apatah lagi sehebat Siti Khadijah ra. Bagi seorang isteri, hanya suami insan yang bertakhta dan paling penting. Celakalah bagiku jika ada insan lain yang mengganggu nilai suamiku pada mataku.

Aku juga melakukan kesilapan. Ada kalanya aku tak sabar.. dan aku memohon maaf kembali ‘maafkan za..’ Aku takut suamiku tidak redha denganku.

Aku ulang kali menyatakan padanya hanya dia yang terpenting bagiku. Setulus hati, aku tak betah melihat walau satu garis kerisauan dan kesedihan pada wajahnya. ‘Maafkan za..’ Aku tak mahu dia bersedih keranaku.

Aku tak mampu menahan jiwa melihat dia kesusahan. ‘Maafkan Za..’ Aku tahu kebanyakan masa aku tak mampu membantu. Namun aku ulang juga memintanya sandarkan kepala dibahuku.

Siti Khadijah ra? Wanita yang sempurna. Isteri yang terbaik. Umpama langit dan bumi denganku. Mulai saat ini aku mahu berusaha menjadi isteri yang selalu redha dan sabar. Moga aku mendapat tempat yang baik di sisi Allah swt kelak.

Tuesday, November 2, 2010

Akaun emosi, isteri solehah dan corak rumahtangga

Tertarik dengar Prof Muhaya mengaitkan kehidupan rumahtangga dengan AKAUN EMOSi. Yep, akaun emosi yang wujud dalam hubungan atau silaturrahim.. dalam rumahtangga khasnya, akaun emosi yang penuh dalam diri suami akan semakin berkurang dengan kesilapan si isteri terhadap suami. Semakin menyusut, semakin sensitif suami terhadap tingkah perbuatan isteri. Begitu juga sebaliknya.

Akaun emosi akan menyusut, bagaimana pula nak buat saving agar akaun emosi pasangan bamm bamm booomm penuh? Sebenarnya perkara ni bukan asing bagi kita kan? Kita lalui setiap hari. Kita cuma perlu lebih peka dan menilai dengan terbuka tiap perkara di sekeliling kita.

Bila HARUM KASTURI singgah rumah isnin lepas.. dia ada sebut pasal menjaga silaturrahim. Jagalah silaturrahim. Coraklah budaya memberi dalam rumah, bukan budaya menerima. Berikan penghargaan, kasih sayang, khidmat, pujian.. semua tu akan membina keyakinan diri insan. Gunakan formula kehidupan yang betul dan positif. Apa yang kita beri, kita akan dapat. Jika kita mahu dilayan dan dipandang dengan baik, kita pun perlu melayan orang lain, berbaik sangka dengan orang lain. Jika kita tak suka dikritik, kita pun jangan suka mengkritik.

........................................

Siapa yang tak mahu suami sayang. Suami mana tak mahu isteri sayang. Pandanglah suami dengan kasih dan penghargaan, berikan khidmat dengan penuh hormat.. tenaga suami akan pulih dan meningkat setelah penat seharian. Begitu hebatnya wanita/isteri solehah, benarlah dikata lebih bernilai dari dunia dan isinya.

Isteri solehah hak ekslusif sang suami.

Wanita yang jaga akhlak, jaga tutur kata, jaga solat dan budi bicara.. sudah tentu menyenangkan kehidupan rumahtangga. Senang untuk dibentuk, senang dijaga, ada potensi jadi ibu yang akan menghasilkan anak-anak terbaik soleh dan solehah. Wanita yang menjadi kunci kebahagiaan bagi rumahtangga, suami pula kunci kehancuran rumahtangga.. itulah kata-kata yang kita selalu dengar.

Kelakuan isteri yang baik pada suami

1. Jaga mata suami dengan jaga penampilan.

2. Jaga hidung suami, sentiasa wangi

3. Jaga telinga suami, sentiasa gunakan nada yang lembut dengan suami.

Betapa terbaliknya kebanyakan kita, depan orang luar kita berwangian dan cantik dan menarik... dengan suami kita selekeh. Tapi suami, tahukah kenapa semua ni berlaku??? Faktor utama, sebab suami tak hargai. Yep, hargailah kebaikan isteri dengan kata pujian, terima kasih. Bila isteri memasak, luahkan kata-kata syukur dan puji isteri. Ucapkanlah penghargaan, ‘untuk saya dapat isteri macam awak’. Luahkan kata-kata positif, membina. Berikan pelukan dan belaian. Isteri akan bersemangat dan anggap semua tu perhatian yang paling penting. Selama ini isteri mendapat dari luar, bayangkan kata-kata penghargaan diperolehi dari insan yang paling isteri sayang. Saling memberi antara suami isteri akan menyemarakkan rumahtangga. Bukankah menjaga hati pasangan adalah umpama jaga silaturrahim paling akrab dan penting? Isteri yang gembira akan membina rumahtangga yang indah, anak-anak yang positif..

Kita mungkin selalu menitikberatkan keperluan fizikal pasangan, tapi keperluan rohani pasangan paling penting. Ringankan mulut dengan ucapan kasih yang ikhlas, pujian dan terima kasih.. kalau salah, akui kesalahan dan mohon maaf.

Tidak mahukah wanita, menjadi solehah? Betapa besar ganjaran bagi isteri yang taat pada suami (dan Allah swt).

Tidak mahukah lelaki, isteri yang solehah? Isteri solehah umpama sokong yang membantu lelaki ke syurga.

Oleh itu, kenapa kedekut untuk membuang keruh dalam tindakan? Kenapa ego untuk saling melayan dan menghargai pasangan? Anggaplah setiap kali kita bersama suami, itu kali pertama dan akhir.

.

.

.

credit for Prof Dr Muhaya Mohamad.