Photobucket

Sunday, September 19, 2010

eidulfitri dan kami

dah lama rupanya tak buat entry baru. ada beberapa sebab dja dah lama tak menulis, ni list alasan kenapa dja tak tulis dan update blog (update la blog, tambah seri rupawan pada halwa mata telinga.. yg tak buatnya: entry baru)

1. masa ramadhan dja ambil masa cuti. urus anak2.. rasai ramadhan. chewah!!
2. perasan sibuk!
3. bertapa..
4. sibuk baca itu ini, baca blog, baca komik, baca surat cinta, baca resepi dan baca kad nikah kawin.. wahahah.
5. mahu menulis terasa hambar. d pasion didnt make it here, dear.
6. masalah dot..dot..dot.. (apekah?? aku pun tak tahu)

lepas ramadhan, syawal pun tiba. cop! sebelum syawal tiba, aku dendangkan lagu aman syah: kepulangan yg dinanti untuk encik suami... dgn doa agar kami dapat pulang beraya. kekeke.
mana taknya, miskin cuti! taknak komen lelebih, sebab perkara lepas jangan dikenang... kata dato' s m salim (ye ke, bukan m daud kilau ke?)

maka dgn impian mendapatkan redha ibubapa dan berbuat baik pada saudara.. kami pun tiba-tiba mengemas barang-barang untuk sambut aidilfitri bersama ayah bonda dan keluarga. Petang khamis itu, hati dah lega sedikit sebab ramadhan hanya berbaki sehingga maghrib.

tiap malam kami titip perjalanan dan usaha ikut kemampuan yg seciput untuk mengejar. Apa yg kami kejar? Redha dan ganjaran Allah swt. maka apa gunanya tak balik kampung? sedikit senyum makayah dan keluarga tu paling bernilai untuk capai kasih makayah... bak kata bro HAMKA (keretamayat), ciumlah dahi ibumu ketika masih panas. Demi Allah swt.. ibu ayah adalah wali kami untuk capai redhamu.

teringat anakku Fatihah mengalunkan lagu untukku. ibu.. ibu... engkaulah ratu hatiku!
aduh, cair jiwa ragaku. kasih ibu, kasih ayah sgt besar nilainya. kalau nak merasa nikmatnya, silalah kahwin dan dapatkan zuriat.. hehe.

teringat pula sahabatku sorang tu, dia suruh nyatakan sebab utama aku bernikah.
maka aku pun fikir, sambil terbaring susukan anak, sambil mandikan anak, sambil teman anak main, sambil masak, sambil termenung atas sejadah.. eheh. takpe la bab ni dja cerita pada entry lain... to be continue

sambung balik pasal raya..

my dear bro kata nak balik. kita tengok reaksi ramai (hehe)
  • ma - senyap. dalam diam nampak suka hati. pstt.. gigi baru utk raya. hahaha. nampak seri muka, sampai rumah 3 pagi terus aku cium mama ku sayang. i miss u, babe. dalam hati aku nyanyi lagu sudirman, ayah dan ibu... la la la. anak kesayangan mama nak balik! aku harap mama bahagia tiap masa, so aku sokong wan balik!! mama aku cool jer, walau dalam hati aku faham... aku fahammm...... apa ntah yg aku faham.
  • abah - paling riang. belum apa-apa sibuk plan nak cari menantu pompuan. cam la dia yg nak kawen. opsss! eleh abah, tu bakal menantu lelaki asek berkunjung tunggu green light abah.. hihihi. teringat abah tefon berkali-kali tanya dja dan dien (padahal tanya cucu2), betul ke tak balik raya? hmmm.. hati makayah panas dan hangat mengalir kasih centa tak terbanding.
  • adik beradik - anis buat poker face. anis tu, ma kata yes dia yes yes la. dia kan anak ayah berwatakan ibu... eyi pulak kejang telinga duk fikir dot.. dot... dot... black sheep.. tet.. tet... lari gi rumoh mokyah la... tit.. tittt... whateva katanya. faiz! yg ni badai ombak angin taufan atau nasik budu dan ikan kering tiba semua layan. bukak jer radio dia, non-stop. ntah2 dia kawin dulu. bagus juga dia selalu ada prasangka baik dan open-minded. tapi kalau terover confident, hmmm.. haha. dushhh!! kadang mau ku sepak budak ni. senak dada aku. che' chik (adeh, yg ni demam takleh pegang mercun. ada ke patut kali pertama aku beri dia pgg mercun bola hari tu dia macam nak nangis.) yg ni atas sebab kenakalan dulu, takut kat abang dia. picturing his bro vry strict-barbarian person, d one he respect d most. dalam hati, masing2 nak jumpa jugak si abang. termasuk su mir (ma, wan tu rano??).. alahai su mir yg innocent dan manja.
  • aku? pandang positif je. kalau dia pulang, ada hikmah. kalau tak pulang, ada sebabnya. aku harap dia pulang walau sekejap tengok makayah dan adik beradik dan saudara. bukannya dia tak ingat, bukan dia tak mahu balik.. kami ni org tak berada, kami ni cuma merancang. semoga Allah swt permudahkan bagi kita semua untuk melaksanakn budipekerti dan urusan yg baik untuk Allah swt, sesama manusia dan diri sendiri.
  • lain2.. heboh wei. satu kg, sampai ke bangi ramai tunggu nak jumpa. kalau aku pun malu nak balik. heheh.
.
apapun raya kali ni penuh makna bagi yg mengimarahkan ramadhan. fatihah puasa penuh. alhamdulillah. bersederhana...
.
..........................................................................................
mula-mula sampai di tangga rumah Jedok di pagi raya.. ummi seakan tak percaya. kat sini kami guna sountrack lagu mamat 'ku pohon restumu ayah bonda'.

tanpa ku sedari.. air mataku mengalir.. kan ku sujud dikaki mu.... kan ku cium tanganmu, ku pohon restumu... oh maafkan daku..... la la la (cam la aku ingat liriknyeerr)

ummi sedang menjemur kain di ampaian. pagi dingin, sesekali terdengar decipan suara burung dari pokok-pokok rendang yg berbaris dikeliling rumah. kucing2 bayi yg masih jalan terkangkang senyap tidur dalam kotak di tepi rumah, kesian kucing tu kelmarin dulu basah kena hujan. abah kutip letak di penjuru rumah. kalau la cucu-cucu ummi yg mencintai binatang dapat berkumpul, detik hati ummi.
tiba2 terlihat kereta semangat (waja) membelok ke halaman rumah. ummi membetulkan cermin mata. macam kereta syidien, tapi syidien tak pulang. saper ye? kalau ye pun nak raya, takkan la kul 8am dah tiba rumah org. agak2 la.. anak dara belum bangun lagi nak tolong kacau air.

rupanya syidien, dja dan anak2!!
"la.. syidien!" teriak ummi sambil menyidai baju ditangan. maaf ye.. ummi tak dapat berlari menyambut kami. tu skrip cerita tv, ni cerita realiti.
abah yg ada atas rumah terdengar ummi menjerit, cepat2 turun ke tangga dan menyambut cucu-cucunya. kami tahu, cucu lebih penting.. bukan merajuk, tapi kenyataan kami layan diri ke dapur dan terus makan lepas bersalaman. hehe. maka tercapai lah hasrat cekgu hasyim dan cik siti jawiyah mengumpulkan kami anak cucunya hari tu. tak pernah begitu, rasanya. rumah cekgu hasyim berseri dan meriah.

and we live hepili eve after.
.....................................................................


cerita raya tahun ni pendek. cerita ramadhan lagi panjang. penuh pengajaran dan jisim untuk hati dan jiwa dan sesak minda untuk difikir. tiap dugaan itu tujuannya untuk meninggikan darjat kita di sisi Allah swt. berbaik sangkalah kita.

No comments:

Post a Comment