Teringat pula sahabatku sorang tu, dia suruh nyatakan sebab utama aku bernikah.
maka aku pun fikir, sambil terbaring susukan anak, sambil mandikan anak, sambil teman anak main, sambil masak, sambil termenung atas sejadah.. sambil tidur...
Macam2 jawapan terbit, semua betul tapi tak tepat katanya..
..nak elak zina (hmmm.. betul jugak)
..nak redha Allah swt (generalnya, selama hidupbujang taknak redha Allah swt ke?)
..nak zuriat (kalau tak dapat?)
..nak berteman (melekat ajer ke?)
..nak ada org buatkan teh tarik (kekeke.. cam pernah dengar aje)
macam-macam alasan la.
apakah jawapannya? nantikan diakhir siaran.. haha. layannnnn...
aku pun taip tit tot tit tot sms, tiba2 rajin sms. (selalunya keypad sony ericson tu rasa cam batu nak tekan guna tapak kaki pun tak berdenyut. heheh. pemalas.) yer la ada soalan panas yg menduga jiwa. tak boleh ni tak tahu. wajib aku kena tahu!! faham tak kenapa? faham tak? ehh.. dja ni dah lama kawin pun tak tahu. rasa kenyataan tu menampar2 pipi. malu wehh.. tak percaya ke dja ni pemalu? eleh. tak caye sudah. :P
selain pemalu, dja baik hati orangnya. dengan itu, akan diumumkan jawapannya sekarang. setelah 24 jam berfikir, maka aku mengaku kalah. waaaa.. demi ilmu, aku tundukkan diri. begitu la sebaiknya. kalau jiwa yg tak tunduk dengan rendah diri @ kelalang tak kosong, ilmu nak masuk tapi isi melimpah ke luar. ilmu tak terisi dalam bekas yg penuh. apatah lagi bekas penuh dgn ego. (sepatah kata penaja). KITA BERNIKAH KERANA NAK MELENGKAPKAN IBADAH. yep, itu jawapannya. ibadah takkan lengkap tanpa nikah. tahukah kamu kelebihan beramal ibadah dalam keadaan nikah?
Nikah adalah sebagian dari agama, dengan menikah bererti menyempurnakan ibadah dan dengan menyempurnakan ibadah berarti menyempurnakan agama (ceh... kalah ustazah anis)
bayangkan.. tolong basuh gelas sebiji pahala berganda. duduk tepi suami dah kira ibadah, bukan sia-sia. sambil tu pandang-pandang penuh kasih syg antara suami isteri... Allah pun suka! apatah pula melahirkan anak bagi suami, gugur semua dosa... patut dulu ma kata buat kerja rumah tu dah kira ibadat bagi isteri. pahala. pahala. pahala. cakap banyak pun tak guna kalau pemalas cam aku. huwaaa.. maka, para suami isteri jika anda alami kesukaran dalam rumahtangga... ingatlah anda akan diberi ganjaran apabila sabar dalam ibadat.
Jadikan sabar dan solat itu penolongmu.... (Al-Baqarah 45)
dan wanita yg bersuami, bersyukurlah dgn suamimu. Allah swt tidak memandang wanita yg tidak bersyukur dgn suaminya.
...............................................................................................................
ok la. terima kasih sahabat. tak sangka aku jumpa sahabat. boleh bincang pasal kuliah agama, masalah semasa dengan sahabat. terima kasih Ya Allah swt atas nikmatmu.
pstt.. dulu aku nikah kerana apa?
biasalah manusia itu bermula dgn jahil dan bodoh.. kalau ke arah celik alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment