Photobucket

Thursday, July 29, 2010

Tangga

Bila kita berusaha melangkah...
kita bukan hanya melangkah ke depan, malah kita melangkah ke atas.
kita mendaki tangga...

begitulah aku alami sekarang. melangkah bukan senang... makin atas, graviti menarik diri kita makin kuat. bebanan yang kita bawa makin besar. dugaan makin menguji. dan dugaan paling besar adalah membawa bersama ikatan-ikatan yang telah kita bina selama ini... itulah yang membelit kaki terlebih dahulu, jika tidak dileraikan setiap satu dengan teliti... jika tidak ditatang dengan mata yang celik... jika tidak diadili dengan adil dan berkasih sayang.

aku mahu tabah macam mama. aku mahu cekal walau aku tak berupaya, aku akan usaha. definisi kejayaan bagi diri aku telah berubah. dunia ini tak dijanjikan dengan hadiah-hadiah megah.. itu semua mainan. selepas melalui satu pintu.. aku buka pintu baru. setelah redah satu bukit.. datang pula gunung. kebelakangan ini aku tak terdaya untuk bersorak dan melepas keluhan puas. dunia menunjukkan dirinya yang sebenar, apabila kita mendekati dan melangkah tangga demi tangga.

....welcome to the world!!

seorang tua bongkok membuka pintu. berat, keras.. tebal. aku tertanya-tanya mampukah aku menggerakkan pintu itu.. aku hairan bagaimana dia mampu. kabus depan mataku masih belum berlalu. kerana tak mahu mengundur aku tak teragak untuk ke depan. langkahku perlahan. saat ini aku sepatutnya berjaga-jaga. mahu saja pejam mata sebab tak sanggup memandang. tapi aku wajib membuka luas mataku walau aku takut. getar nadiku bingit.. jantungku sejuk dan dingin.. it's chilling to d bone.

aku menangis hingga mataku bengkak, aku kepal tanganku... dengan yakin aku tahu penyelamatku hanya satu itu. aku ulang namanya.. kebesarannya. debaran dada seolah sedang merasa cinta menggunung. terlalu kuat.. terlalu laju jantungku berdetak-detak. aku hampir tak merasa kakiku. aku pandang wajah-wajah insan yang amat bererti padaku. aku redha dan berserah.... inilah kehidupanku. come what may...

mahukah aku ceritakan mimpiku?
pertama.. kedua.. akan adakah yang ketiga?



No comments:

Post a Comment