seorang anak kecil yang tiada cita-cita.. masih naive, innocent bertanya pada ibunya
"ibu, kenapa ibu belikan baju baru?"
si kecil tak tahu erti baju baru. baju yg lama pun tak mengapa, asalkan boleh bermain dan berlari dengan kawannya. ibu melihat si anak, baju kegemarannya sudah luntur warna.. tak lama lagi sendat la baju itu, benang2 menyusur keluar dari fabrik.. rasa kasihan menjalar.
ibu senyum "pakai yg baru lagi cantik.."
realiti seorang manusia, kaitan dengan duit dan kuasa amat menggerunkan- tersilap anggapan tentang dunia, membuat insan silap perkiraan tentang nilai. nilai diri, nilai hubungan, nilai KETUHANAN.
"duit tu kalau Allah swt mahu berikan.. bila-bila masa. syukurlah, semua berbahagia tu kira cukup'' saudaraku berpesan.
ya, cukuplah untuk aku setakat itu. rezekiku dan bahagianku telah ditentukan oleh Allah swt. aku tak mengimpikan harta bergudang. bagiku rezekiku asalkan cukup dan tiada berhutang itu sudah lebih dari cukup. millionaire? billionaire? bunyinya saja cukup menggerunkan paru-paruku. kerana harta dan kuasa itu menakutkan!
".. harta yg banyak takkan membantumu, walau untuk merangkak di padang mahsyar" pesan ibuku pula.
maka dimana signifikannya memliki harta yg bergedung?
adakah dengan bergedung itu kamu pasti kamu tidak buta mata hati?
bilamana harta yg terlebih dari nilai untuk kita belanja bukan sepatutnya hak kita.. maka ia akan jadi nanah dan daki, kekotoran yg memamah hati kita.
ia akan menjadi bala.. malah mungkin membarah dan merosakkan generasi kita jika tidak diurus dengan elok.
realiti harta dan padang mahsyar bila pengiraan dilakukan.. maka selesakah berlama-lamaan di hadapan timbangan? harta dan kuasa itu adalah amanah. ia adalah pinjaman seperti juga nyawa dan kesihatan. ia bukan milik kita. dunia bukan milik kita. lidah ini juga bukan milik kita, walau ia berkuasa mencairkan hati orang lain. sedang si fakir begitu senang hisabnya, aku pula tenggelam dalam peluh sendiri? mahukah... mahukah... mampukahh?? setiap yg diberi pinjam akan dihisab.. itu realiti.
astaghfirullah. selamatkan kami dari siksa di padang mahsyar, Ya Allah swt.
dunia ini sudah terlampau materialistik. aku juga berpenyakit. aku menanti peluang untuk lari bersembunyi namun tak kunjung tiba. yang berduit mahu membeli kuasa. yang berkuasa mahu menjana duit. di setiap langkah mereka akan cuba menekan hidup kita, dan memberitahu kita supaya terus mengejar duit. pagi petang dan malam manusia berlari mengejar duit. aku mahu hidup senang!! aku mahu keluargaku hidup senang!!
dan manusia itu insan. insan itu pelupa. lupa bahawa kebahagiaan itu bukan duit dan kuasa. kuasa hanya milik Tuhan. duit hanya satu not yg dikata harta.. juga ditentukan Tuhan.
mereka bergelak ketawa dengan hati yang kosong.. kerana mereka lupa.. lupa.. lupa.. mereka lupa setiap detik dan nafas mereka ditentukan oleh Tuhan. mereka gadai masa sepatutnya mereka berbahagia dgn ingatan pada yg berhak dengan mengingati dunia (kerja, duit, hutang).. itulah agenda musuh Tuhan di akhiran zaman. membuat manusia lupa pada Tuhan, jauh dari kebenaran.
harta itu menggerunkan.
tanpanya, manusia jadi terdesak..
jika berlebihan membawa kerosakan.
aku tidak melihat banyak kes contoh namun cukup untuk aku rasa hidup ni penuh dgn dugaan dan menakutkan. aku berlindung dari dunia ini dengan nama Allah swt yang Maha Mengasihani.
dan aku memilih untuk menentang arus.. asal aku ketemu bahagia.

No comments:
Post a Comment