Photobucket

Thursday, June 24, 2010

Meh sini nak NASIHAT!!

kenapa 2-3 hari ni kerap update blog? rajin pulak tu wat post.. kenapa yer DJA?

selalu letih sekarang. bila badan letih.. nak wat aktiviti fizikal yang banyak.. kejar sana sini tak larat. even nak write up tesis pun ketar bulu mata ni nak perah otak. layan emosi jap.. sambil berfikir. masalah dja ni, nak tidur tghari susah. kalau boleh terlelap tu kira super tired, super day la.. so kalau nak isi masa kosong ada baiknya update blog. boleh jugak baca sendiri nanti. bukannya orang lain baca pun.. diri sendiri jer. huahuahua. blog ni walau open air, dja tak iklankan yer. harap maklum.


ok. back to the topic. tiba2 hari ni nak cerita pasal penasihat. kalau dalam femli penasihat rumahtangga ni kita yang pompuan la yer. sampai terlebih nasehat pot pet pot pet~~~ lumrah la tu. tapi kan kalau perhatikan, sebenarnya kaum yang sebelah tu memang susah nak dengar nasihat. kalau ada pun memang spesis terancam la. kena preserve elok2. nak breeding kat zoo pun tak boleh. kekeke.

kenapa lelaki pantang dinasihati? nak dengar tak pendapat ni. dja petik dari satu artikel.

1. lelaki anggap nasihat bukan nasihat. lelaki anggap nasihat umpama menuduh mereka punca masalah.

2. nasihat itu kongkongan bagi lelaki. walau wanita rasa selalu memberi nasihat itu ciri wanita mithali, lelaki sebenarnya rasa tak senang hati.

3. nasihat itu sendiri berpunca dari fikiran negatif, suka pandang perkara tak elok pada orang lain. ***apa punya pendapat la ni. agaknya penulis tu baru kena bebel ngan bini. ***

4. nasihat itu umpama isteri tidak berpuas hati dengan kelemahan suami. isteri mahu membentuk suami idaman, asyik nak baiki suami.

5. gaya bahasa. apabila menasihat jangan letak diri di atas.. tapi guna 'gaya objektif'. letak diri di bawah. **maksud penulis ni.. jangan nasihat macam menunjuk ajar, maklum la ego suami apabila ditegur isteri ni... cuba bayang jika perasaan guru ditegur anak murid. pedih, kan?**


alkisahnya nasihatilah suami dengan pandai dan bijak. hihihi. cam la saya bijak. kalau tak reti, elok sabar je. sepatah cukup la. susah suami ni nak dengar nasihat isteri. kalau nasihat kawan, orait! i foloooo..

tp tu la, kalau dja la... setengah perkara yang perlu tegur tu elok tegur. setengah perkara beri kesedaran je. cam cerita teladan... sambil borak2 makan megi tgh malam. pernah ke dja lantak megi tgh malam? ngarut. tahyul! dan selebihnya simpan jer la. memang kalau wanita ni kalau bercakap emosi yang melebih-lebih. takut juga terasa hati org tua tu. org yg dh 35 tahun layak dipanggil tua. jgn mare. hahaha, sedar pun diri. emmm... ampunkan dinda ye kanda.

bagi isteri pula, sstgh nasihat tu amat bermakna. terutama jika libatkan masa depan femli, anak-anak. kalau setakat nasihat suruh susun bil elok2 tu boleh la suami nak ignore. terima kasih buat suami yang sudi mendengar dan berubah.

sekian.

No comments:

Post a Comment