kakak fatihah dah besar. kejap jer masa berlalu. semalam masa berborak berdua ngan kakak, dia hampir nangis. apa yang kami borak? rahsia ibu dan anaknya. fatihah sensitif, teliti dan manja. dia sebenarnya agak suka pendam rasa. 6 tahun.. kakak dah hampir khatam Quran. sekarang dh kurang motivasi sikit sebab ramai kawan. main la.. seronok. risau juga pengaruh kawan. harap tak lama lagi bila dia betul habis, boleh peluk tiap hari. boleh cium tiap masa. boleh dengar dia cerita dan boleh tengok dia gaduh ngan sakinah tiap hari... adik beradik kena gaduh dan hadapi konflik agar jadi makin rapat. tu keprcayaan ibu.
moga kakak mendapat taufik hidayah dari Allah swt. jadi anak yang solehah, insan yang mulia.. berjaya dunia akhirat. kasih ibuayah pada kakak pastinya tak dapat dibanding dengan tingginya kasih Ilahi. sebab itu ibu mahu kakak kenal Ilahi, Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasih.. lepas tu kakak akan jumpa kebahagiaan. Insyaallah.
ps: kalau rindu, kirimkan ingatan dalam doa...

No comments:
Post a Comment